Klon Belalang Hijau Perisik?
Sebenarnya Belalang dah beberapa kali berjumpa dengan pengguna Facebook yang menggunakan nama 'Belalang Hijau'. Memang tak kisah langsung. Tapi baru-baru ini apabila Belalang berjumpa dengan satu account facebook yang pemiliknya menggunakan nickname 'Belalang Hijau Perisik', sama seperti nama Belalang memang menimbulkan kehairanan. Timeline 'klon Belalang Hijau Perisik' Jujurnya Belalang rasakan tak ramai pengguna yang akan terfikirkan nama sebegitu memandangkan bunyi nama itu akan kedengaran agak pelik jika salah sebutan. Hehehe... Tak pastilah pula samada pemilik account ini pernah jumpa account milik Belalang atau sememangnya dia sendiri memang mendapat ilham menggunakan nama tersebut. Tak apalah, yang penting kawan-kawan Belalang tahu mana satu account Facebook Belalang yang betul. Kalau ada yang belum add Belalang ke friendlist, silalah add Belalang ye. Ini addressnya ==> facebook.com/belalanghijau.perisik Terima kasih kerana membaca...