Sabtu, 2 Februari 2013

Hot Keywords Jan 2013 | Tebus Rebat RM200

Entry pertama untuk bulan Februari 2013. Sebenarnya Belalang tengah download satu ebook sejak pukul 2:30 petang tadi.Sekarang dah pukul 4 petang tapi baru berjaya download setengah! sedih... sedih... Jadi sambil-sambil tunggu proses download selesai, Belalang gunakan kesempatan ini untuk update blog ini.

Belalang nak kongsikan disini mengenai 'kata kunci panas' atau 'hot keywords' sepanjang bulan Januari 2013 lepas. Blog ini bukanlah sebuah blog SEO, sebaliknya ia lebih kepada blog personal. Namun begitu tajuk-tajuk entry dalam blog ini memang sengaja Belalang gabungkan dengan beberapa keyword supaya dapat juga pembaca dari search engine :)

Ok, jom tengok print screen keyword bulan sudah yang melekat di blog ini-



Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Sebahagian besar mereka yang singgah ke blog ini mencari sesuatu yang berkaitan dengan kedai tebus rebat RM200. Entry ini ada Belalang kongsikan pada post sebelum ini ==> Susahnya Nak Tebus Rebat RM200 Telefon Pintar.

Jadi Belalang berpendapat, hingga hujung tahun ni kemungkinan keyword ini akan terus di'Google' oleh mereka yang memerlukan maklumat mengenai hal ini. Apa kata anda yang  mahu cuba bermain dengan keyword cuba hasilkan satu entry tentang info dimana mahu tebus rebat RM200 ini? Dalam entry itu anda boleh membantu pembaca anda dengan memberitahu kedai mana berhampiran dengan tempat tinggal anda yang menerima penebusan rebat. Contoh entry Belalang sebelum ini, Belalang ceritakan kedai mana di Kulim yang menerima rebat ini. Jadi info Belalang itu telah berjaya membantu mereka di sekitar Kulim bagi mengetahui dimana mahu tukar rebat. Anda pula boleh membantu pembaca di sekitar tempat tinggal anda.

Tentu pembaca anda akan berterima kasih atas info itu dan jika bernasib baik, mereka akan kembali lagi membaca di blog anda untuk masa-masa akan datang.

Semoga info ini membantu...

Terima kasih kerana membaca...

5 ulasan:

  1. wahhhh panasnya kat sini... belalang tak pasang aircond ke...

    BalasPadam
  2. assalam..semakin panas blog en. bell ni.. ;)
    blog mama je semakin lemau.. :(

    BalasPadam
  3. Betul tu, jika ada informasi berguna utk pembaca mereka akan jengok lagi blog kita...kak pun suka ke blog BHP sebab byk info menarik!

    BalasPadam
  4. TAK DE YANG MASUK BLOG AKAK DENGAN KEYWORD NIH..MAKLUM LA TAK PANDAI SEO..HEHEHE

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik