Penemuan Hebat Tentang 'Untitled Post'!

Idea spontan yang timbul untuk menulis entry ini. Nak tahu satu penemuan hebat tak? Mungkin ia boleh diguna pakai oleh blogger-blogger yang kekeringan idea atau malas nak menulis. Cara ni sangat berkesan!

Kalau anda perasan sebelum entry ini, Belalang ada terpublish satu entry kosong. Kosong tanpa tajuk dan apa-apa tulisan. Memang sekosong-kosongnya.

Sebenarnya itu adalah satu kajian yang sedang dilakukan secara berilmiah (ceh!). Sahaja mahu tengok respon pembaca.

Hasilnya adalah seperti yang anda lihat pada gambar di bawah ini-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Klik pada gambar untuk view lebih jelas

Perhatikan pada stats untuk post kosong tersebut. 122 pageviews tu! Tinggi dari pada entry-entry sebelum itu yang ditulis panjang-panjang sampai sakit kepala :P

Kesimpulannya, lain kali kena publish 2, 3 kali lagi entry kosong time tiada idea kerana ia lebih menarik perhatian orang untuk membaca... Hahaha...

** Sebenarnya Belalang pun tak perasan bila masa entry itu terpublish. Mungkin time Belalang sedang cuba-cuba blog melalui telefon bimbit. Nampaknya lepas ni kena extra hati-hati :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. mestilah tertanya2... pesal takde tajuk.. pesal takde isi.. wat suspen ajelah dia ni.... hehehe

    BalasPadam
  2. Mungkin org tertanya2 dan nak tahu.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sop antara org yang tertanya2 tu jugak kan... huhuhu

      Padam
  3. wah wah wah.. mcm mana ni boleh berlaku pula?

    http://bit.ly/KaoshiDroid

    BalasPadam
  4. haha.. kawan pun pelik jugak haritu. awat kosong je.. terkono ka aku. time tu la.. kekeke

    BalasPadam
  5. ehem mama perasan..ingat belalang pun tgh fenin2 lalat..ha2x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg tgh fenin la tu...sampai publish pun x sedar...ngee

      Padam
  6. Kiranya..entry blog berehat dari mengentrykan dirinya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiranya keinginan nak update blog ada, tapi idea x da...huhuhu

      Padam
  7. Balasan
    1. ciktom jgn sesekali try tau! cian kat pembaca ciktom yang berkoyan-koyan tu... :)

      Padam

Catat Ulasan