Jumaat, 8 Mac 2013

Cara Hantar SMS Melalui Google Email

Salam sejahtera dan selamat berhari Jumaat. Agak lapang Belalang dalam sehari dua ini selepas habis melalui minggu yang sibuk pada minggu sudah. Masa-masa yang terluang ini Belalang gunakan sebaik mungkin untuk kembali siapkan kerja-kerja internet yang tertangguh.

Entry ini Belalang nak kongsikan cara menghantar SMS melalui Google email. Belalang kadang-kala guna juga cara ini untuk menghantar SMS lagi-lagi waktu kredit telefon expired dan waktu tu pula tengah kecemasan.

Cara untuk menghantar SMS melalui Google email tak lah sesusah mana pun. Mula-mula seperti biasa sign-in ke akaun google anda, selepas itu terus pergi ke email.



Sesudah anda masuk ke email, anda akan nampak paparan seperti di atas. Tengok pada sebelah kiri, pada bahagian chat. Isikan nombor telefon yang ingin anda hantar SMS. Rujuk gambar atas ye




Sesudah anda masukkan nombor telefon, akan keluar dibahagian bawahnya satu kotak pertayaan. Klik pada send SMS. Rujuk gambar di atas :)




Selepas itu akan keluar satu pop-up window yang meminta anda isikan nama pengguna nombor telefon tersebut. Perkara ini hanya dilakukan sekali pada waktu kali pertama anda mahu hantar SMS pada nombor tersebut.




 Selepas itu akan keluar satu tetingkap kecil seperti kotak chat di Facebook. Setiap hari anda akan diberikan 50 kredit SMS yang bermaksud anda boleh menghantar SMS sebanyak 50 kali sehari. Rujuk pada nombor (1) dalam gambar di atas. Pada bahagian nombor (2) pula ialah tempat untuk anda menulis SMS.




Gambar yang terakhir ini pula ialah contoh SMS yang diterima oleh nombor telefon yang anda hantarkan SMS sebentar tadi.

Sebenarnya ada cara untuk anda menambah kredit SMS yang disediakan oleh Google ini. Cumanya Belalang tak begitu ingat bagaimana caranya.

Sekiranya anda merasakan perkongsian ini sesuatu yang sangat berguna, sudilah kiranya untuk menekan butang facebook share yang terdapat pada bahagian kanan atas entry ini.

Terima kasih kerana membaca...

** SMS yang dihantar adalah percuma sebanyak 50 kredit yang disediakan Google. Sekiranya penerima SMS anda mahu membalas SMS yang dihantar, dia akan dicas bergantung pada berapa bayaran yang telah ditetapkan oleh setiap telco.

GOOGLE TELAH MENGHENTIKAN KEMUDAHAN MENGHANTAR

SMS MELALUI GMAIL. TUTORIAL INI TIDAK LAGI BOLEH DIGUNA

PAKAI. HARAP MAAF...

20 ulasan:

  1. tak kne byr ke??penerima ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah la... lupa pula nak tulis dekat entry tu...
      yup ia percuma, klu penerima sms tu nak reply balik
      dia akan kena cas bergantung pada line apa dia guna...

      Padam
    2. Saya cuba buat tapi takde response

      Padam
    3. saya cuba balas tapi takde keluar kat hp

      Padam
  2. wuah! bule rupenye...em...tak ada charge ke ni belalang?

    BalasPadam
  3. free??hantar kemana2 no pun tak pe??walaupun no yang kita hantar tu guna enpon tak canggih manggih pun??

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya semua jenis telefon boleh terima, janji telefon tu boleh terima sms :P

      Padam
  4. ehem nak tryla..thanks belalang atas perkongsian.. ;)

    BalasPadam
  5. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Tengs 4 sharing...

    BalasPadam
  6. wahhh.. bagus tutorial ni. jz dah try ikut apa yg belalang ajar. tq belalang.. selamat kredit jz.. :)

    mohon share di blog boleh?.. ;)

    BalasPadam
  7. wahhh.. bagus tutorial ni.. jz dah try ikut apa yang belalang ajar kat atas tu.. selamat kredit jz reply mesej-mesej customer.. hehe ;)

    belalang, jz mohon share di blog boleh?

    BalasPadam
  8. mai la join affiliate kita quairra dot com, tq

    BalasPadam
  9. Tq Tuan Belalang... Info dan kegunaan yg amat berguna untuk masa ini, sy dah cuba... 100% menjadi. Tq tq tq skali lagi utk Tuan Belalang.

    BalasPadam
  10. macam mana kita nak tahu 50 kredit google bagi?? sy guna celcom..ada cas tambahan tak pada telefon?

    BalasPadam
  11. lama dah cari cara ni...akak nak cuba la..cemane nak tau dah pakai 50 kredit..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik