Pos Laju | "Dulu Tak Macam Ni"...


Sebagai peniaga online, penghantaran barang kepada pelanggan menggunakan pos laju bukanlah sesuatu yang asing lagi. Selain daripada murah, sistem online pos laju yang memudahkan pengguna untuk menjejaki barang juga menjadi sebab mengapa pos laju menjadi pilihan.

Belalang juga biasanya akan menggunakan perkhidmatan pos laju bagi penghantaran barangan domestik. Biasanya pukul 3 petang ke atas adalah masa untuk Belalang keluar pos barang.

Baru-baru ini ketika berbual dengan kakak penjaga kaunter pos laju, sempat la borak-borak tentang barang jualan Belalang dan juga mengenai pos laju.

Menariknya, Kakak tu beritahu sejak akhir-akhir ni begitu banyak orang yang membuat penghantaran dengan pos laju. Sampaikan perlu berbaris panjang.

"Dulu tak macam  ni. Nak tengok dalam satu-satu masa lima orang sekaligus datang pos laju pun susah.

Tapi sekarang ni, sampai keluar pintu orang berbaris untuk pos barang.

Ala, fenomena jualan online la katakan".

Belalang hanya tersenyum mendengar bebelan kakak itu. Ya, begitu ramai sekali rakyat Malaysia kebelakangan ini yang telah berjaya menjadi peniaga online.

Satu perkembangan yang bagus. Lepas ini pada masa akan datang mungkin kita juga akan jadi seperti pembeli dari negara-negara Eropah. Di sana membeli online ini ibarat seperti pergi shopping ke Tesco dan Giant sahaja. Mereka membeli tanpa tanpa mengira masa dan yakin dengan penjual online.

Cumanya Belalang harap peniaga-peniaga online ini supaya jujur apabila melakukan jual beli. Membeli melalui online ianya hanya berteraskan kepercayaan. Jangankan kerana nila setitik, habis rosak susu satu belanga...

Terima kasih kerana membaca...

** Siapa sini penjual online angkat tangan!

Ulasan

Catat Ulasan