Jumaat, 25 Januari 2013

Susahnya Nak Tebus Rebat RM200 Telefon Pintar

Gambar hiasan. Carian Google

Belalang dan Mrs.Belalang antara ribuan remaja (remaja?) yang layak dan lulus dalam permohonan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar.

Sebelum ini Belalang juga pernah layak menerima BR1M bernilai RM500 pada tahun lepas.

Dipendekkan sajalah cerita ini. Kepada mereka yang layak dan belum memohon, selepas sahaja lulus permohonan, anda perlu tebus rebat anda itu dalam masa sebulan atau sebelum tarikh luput yang dinyatakan. Kalau lepas pada tarikh luput, anda perlu menunggu hingga dua bulan sebelum memohon sekali lagi.

Jadi sekiranya duit nak beli telefon belum cukup, Belalang nasihatkan tak payah susah-susah apply lagi. Tunggu sampai duit cukup lepas tu mohon.

Ok, sekarang Belalang nak cerita mengenai pengalaman Belalang nak beli telefon dengan rebat tersebut. Di sekitar Kulim tempat yang boleh ditebus hanyalah di Landmark Kulim atau Giant Kulim. Mrs.Belalang beli sebuah telefon baru berharga RM399. Tolak rebet RM200 tinggal RM199. Tolak trade in telefon buruk kami ni harga telefon tu tinggal RM99. Ok tak? Bagi Belalang ok juga. Walaupun hanya telefon berjenama biasa, tapi jika dibandingkan dengan telefon lama yang di trade in tu, function telefon ni sangat-sangat la ok.

Tapi sebelum berjaya kami beli tu pun, kami terpaksa berulang alik ke kedai cina tu 2, 3 kali. Kejap line down lah, kejap ini tak cukuplah dan macam-macam lagi.

Belalang tak dapat nak tebus rebat Belalang.... Sebabnya?

Sebabnya ialah cip mykad Belalang rosak. Cina kedai tu cakap kalau nak tebus kena pergi tukar IC baru. Pelik juga Belalang. Dulu time dapat BR1M senang sahaja nak ambil, mereka hanya tengok IC lepas tu dah boleh ambil. Tapi untuk rebat ni sampai nak kena scan IC dulu pula.

Pelik, pelik...

Tak pasti pula samada tempat lain sama macam ni atau area Kulim ni sahaja macam tu. Rasanya Belalang tak akan tebus kot rebat ni. Nak kena buat IC dan tunggu IC baru siap bukannya kejap.

Jadi kesimpulannya, simpan sahajalah duit ku ini :)

Terima kasih kerana membaca...
Sudah baca entry ini:

14 ulasan:

  1. assalam..wah mrs.belalang dah dpt hp barulah ni ek?..untungkan jadi remaja ni kan dpt rebat rm200 !!!..kat sini ada kawan2 mama cakap ank diaorg nak beli guna rebat tu tuan punya kedai suruh beli hp yg rm1000 keatas saja yg harga bawah tu semua dah habis !!..ha2x..bolih percaya ke ckp tuan punya kedai tu?..

    BalasPadam
  2. dah dpt tp xtukar lagi tempoh plak dh nk abis..haha

    BalasPadam
  3. wahhhhh... mrs belalang dah pakai handphone baru... takpe la belalang sabar ya...

    BalasPadam
  4. huhu tak sangka rumit macam tu plak Belalang??

    BalasPadam
  5. wuah cam rumit lak gtu..hm...nak kena cek ic ni dlu..barula aply rebat ni~

    BalasPadam
  6. hooo leeza ni tak isi pun borang tu. herk herk..

    BalasPadam
  7. Mungkin dia nak masukkan data kat chip tu ngatakan yg pak belalang dah tebus rebat tu kot.. kwn ape pon tak apply ni.. punye la malas nak isi borang tu.. wakaka

    link exchange ritu kwn dh tukar link tau.. bley usha kat umah kwn.. kekeke

    BalasPadam
  8. sy pun dah tebus telefon pintar dekat seng heng, tak susah mana, hanya bagi slip yang ade nombor rujukan tu dan fotostat ic. lepas tu syarat suruh masuk ahli seng heng. lepas tu ok dan free gift simkad umobile

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua seng heng boleh ker

      Padam
  9. sy pn dh dftr rebat 2 tp xthu nk tbus kt mne...tmbh lak dkt klntn xthu ktne leh tbus...hehe

    BalasPadam
  10. Semua seng heng boleh ke

    BalasPadam
  11. kat mane lagi boleh tebus rebat ni ye? tak payah langgan intenet pon boleh kan?

    BalasPadam
  12. boleh x lau xnk langgan internet?? & leh x tebus kt kedai2 fon biasa, bkn kt kdai2 yg tersenarai kt website2 maxis, celcom tu sume..??

    BalasPadam

Pautan Artikel Menarik