Ahad, 16 Jun 2013

Menjernihkan Air Kolam


Baru-baru ini Belalang telah membeli sejenis ubat menjernihkan air kolam memandangkan air kolam ikan Belalang tersangatlah keruhnya sampaikan ikan yang berenang dalam tu pun 'excident' sesama mereka xD

Maaflah tak sempat pula nak ambil gambar ubat tu. Ubat tu berbentuk serbuk dan dijual dalam paket yang mak aih punyalah kecil. Satu pek harga RM10!

Cara menggunakannya adalah dengan membancuhkan setengah daripada serbuk tersebut dalam satu bekas asing. Apabila sebatian tersebut larut sepenuhnya, tuangkan ia dalam filter air. Bagi yang tak guna filter, tuang terus sahaja dalam air kolam.

Comel tak filter air untuk kolam ni? kecil je... huhuhu

Hasilnya air kolam sememangnya akan jernih! walaupun tak adalah sampai jernih macam cermin, tapi sekurang-kurangnya kini dah boleh nampak ikan yang berenang-renang dalam air.

Kalau menurut cakap tuan kedai tu, ubat yang diletakkan di dalam air ni mampu membuatkan air jernih dalam waktu yang lama.

Kesan selepas beberapa minit diletakkan ubat jernih air

Harapnya betullah apa yang dia cakapkan tu. Jangan esok lusa keruh balik dah. Ngamuk Belalang kat kedai dia nanti :P

Terima kasih kerana membaca

5 ulasan:

  1. Blh guna dlm akuarium tak? Best gok kalau boleh sbb x yah bersih air akuarium acap kali!

    BalasPadam
  2. wah!! berkesan tu belalang~~~ pe nme serbuk tu belalang?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik