Isnin, 27 Mei 2019

Puji Arabian Delight Kulim | Berbuka Puasa Disini

Rasanya masih belum terlewat untuk Belalang kongsikan sebuah tempat buka puasa yang Belalang kira agak menarik di Kulim iaitu Restoran Puji Arabian Delight.



Bertempat di Keda Agro Tech, Jalan Simen (berdekatan Taman Tiram), restoran ini menyediakan menu nasi arab yang sangatlah sedap bagi tekak Belalang dan mereka yang berkunjung ke sini.

Menyediakan dua menu utama iaitu nasi arab ayam dan nasi arab kambing. Pengunjung boleh memilih samada mahukan hidangan dalam set talam atau pun pinggan individu biasa.


Untuk tahun ini, Belalang sempat berbuka puasa disini sebanyak dua kali.

Pada bulan-bulan lain (bukan bulan Ramadhan) restoran ini tetap beroperasi seperti biasa. Cumanya pada bulan puasa ia menjadi unik sedikit dimana pemilik restoran ini biasanya hanya mengenakan cas untuk pinggan pertama yang dimakan.

Untuk nasi tambah atau lauk yang ditambah, diberikan percuma sahaja. Betul! tak tipu :D

Sekiranya anda ingin merasai keenakan nasi arab dari Puji ini, silalah buat tempahan awal dengan menelefon nombor 0195661163 @ 0194020064 @ 0195909116 @ 0135181164

Jumaat, 11 Ogos 2017

Avatar Secret Garden, Pulau Pinang | Mesti Singgah Disini

Siapa sangka bertempat hanya di Pulau Pinang terdapatnya satu taman yang indah seperti dalam filem Avatar.

Taman yang diberi nama Avatar Secret Garden ini sememangnya menjadi satu destinasi wajib terbaru yang perlu anda kunjungi sekiranya datang ke Pulau Pinang.

Baru-baru ini Belalang berkesempatan membawa keluarga ke sini selepas melihat gambar-gambar Avatar Secret Garden ini yang viral di media sosial.

Bertempat di Jalan Tokong Thai Pak Koong, lokasi taman ini agak tersorok dimana anda perlu melalui kawasan flat penduduk sekitar untuk sampai ke taman ini.

Avatar Secret Garden



Sewatu Belalang sampai ke sini sekitar pukul 9.30 malam, orang dah mulai sesak nak ke taman ni.

Parking kereta diselia oleh persatuan penduduk disini rasanya. Sekali parking bayaran RM5.

Dari parking kereta kami sekeluarga terpaksa berjalan lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke taman tersebut.

Disini Belalang kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan dan juga tatapan pembaca blog.


















Banyak lagi yang menarik ada disini. Tetapi memandangkan pencahayaan disini kurang, jadi kebanyakkan gambar agak gelap dan kabur.

Kepada yang ingin berkunjung disini, anda boleh gunakan Waze atau Google Map supaya lebih mudah untuk sampai ke sini.

Ini alamat Avatar Secret Garden: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia

Terima kasih Kerana Membaca

Pautan Artikel Menarik