Sabtu, 15 Jun 2013

Perkhidmatan Tempahan Kad Kahwin


Akhirnya perniagaan Belalang telah pun mempunyai satu lagi perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan juga iaitu tempahan kad kahwin.

Dulu sewaktu awal-awal menjalankan perniagaan kedai barangan pengantin ni, memang Belalang dah pernah sediakan perkhidmatan ini. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Belalang terpaksa berhenti seketika.

Kini, Belalang rasa dah tiba waktu untuk kembali menjalankan perkhidmatan ini memandangkan maklum balas yang diterima sebelum ini sangat-sangat menggalakkan.

Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan yang tinggal berhampiran dengan kawasan perniagaan Belalang iaitu Lunas, dijemput untuk datang dan melihat sendiri design-design kad kahwin yang disediakan. Lebih daripada 300++ design terkini yang boleh anda dan pasangan pilih. Malah, kualiti dan rekaannya dijamin sangat memuaskan!


Untuk tempahan online, buat masa ini Belalang masih dalam proses setup. Nanti jika dah siap, akan Belalang war-warkan ya

Terima kasih kerana membaca...

3 ulasan:

  1. Tahniah En. Bell.. Semoga terus maju jaya.. :)

    BalasPadam
  2. Semoga bisnes berkembang maju :)

    BalasPadam
  3. wah, nanti nak kawin kita boleh la tempah eh :)
    tahniah, melangkah jauh pasni ye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik