Jumaat, 31 Mei 2013

Banyaknya Hantu Di Kulim?

Hai! saya hantu comel

Cerita Hantu?
Kawasan Kulim banyak hantu?

Mana ada tempat dekat dalam dunia ni yang sunyi daripada kisah-kisah misteri betul tak? Baru-baru ini Belalang terbaca mengenai beberapa berita tentang penemuan makhluk halus atau hantu di kawasan tempat tinggal Belalang.

Malah, jalan yang sering Belalang gunakan pun ditulis dalam akhbar online yang jalan itu 'keras' dan sering berlaku kemalangan (tak pernah tahu pun sebelum ni).

Karut? mungkin...

Yang tidak pernah bertemu mungkin akan berfikiran begitu. Tetapi bagi mangsa-mangsa yang pernah melalui sendiri pengalaman menakutkan di tempat-tempat tersebut, tentu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka.

Apa-apa pun yang penting kita kena selalu beringat apabila melalui atau tiba di tempat sunyi, suram atau baru diterokai kerana bukan lagi rahsia yang alam ini juga dikongsi oleh penghuni lain.

Ini dua link kisah mengenai hantu di Kulim yang Belalang maksudkan tu-



Terima kasih kerana membaca...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik