Khamis, 7 Mac 2013

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini.

Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=!

Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung

Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan pure marine collagen (PMC). Seperti yang dijangka, sambutan terhadap produk ini benar-benar menggalakkan. Tujuh hari Belalang di sana, berjaya menjual 10kg PMC. Malah Belalang juga mempelbagaikan jualan PMC dengan mambuat jus oren kolagen, PMC yang telah siap di masak, serta agar-agar kolagen.

Kolagen rumpai laut mentah dan dah siap dimasak.

Kami juga (Belalang dan Mrs.Belalang) menjual kerongsang-kerongsang hasil tangan Mrs.Belalang yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Walaupun terdapat saingan menjual kerongsang dari beberapa gerai lain, namun kerongsang jualan kami tetap menjadi perhatian pengunjung.

Kerongsang yang dihasilkan Mrs.Belalang mencuri perhatian pengunjung

Tak ketinggalan juga Mrs.Belalang menyediakan khidmat mengukir inai henna di tapak ini dengan bayaran serendah RM5! Sambutan sangat-sangat menggalakkan. Hinggakan pada satu masa, beratur orang mahu mengukir inai di tapak tangan.

Mrs.Belalang sedang mengukir inai. Dua yang berdiri di belakang juga sedang menunggu giliran.

Bagi Belalang, secara peribadinya Belalang anggap program anjuran PBT Kulim ini berjaya walaupun kami peniaga di sana terpaksa menjual dalam keadaan hujan (7 hari hujan sentiasa). Malah program yang baru pertama kali di adakan di Dataran Sejahtera Kulim ini mampu menarik lebih ramai pengunjung seandainya cuaca mengizinkan serta promosi diperhebatkan lagi bagi menghebahkan ke seluruh Kulim dan kawasan sekitar.

Sekiranya ada lagi pada masa akan datang, berkemungkinan besar Belalang akan turut serta lagi memandangkan inilah salah satu cara terbaik bagi Belalang untuk mempromosikan produk dan kedai milik Belalang kepada pelanggan dengan cara yang lebih dekat lagi :)

Terima kasih kerana membaca...

p/s- dua tiga kali baca balik entry ini, memang sebijik macam karangan budak sekolah. Tiada langsung uncur santai. Maaf ye kawan-kawan... Hahaha...

3 ulasan:

  1. jika ada mmg perlu blalang join kerna salah satu promosi yg bagus tu :)

    BalasPadam
  2. belalang kenapa tak buat jual online..jual bunge telor ke,door gift yang comel ke,jual online ni buat smpingan je..kenapa tak buat??tak best eik??heheh

    BalasPadam
  3. assalam dear en.bell & mrs..ehem sibuk2 tu..income pun lebat kan !!!..blh belanja kalau mama dtg sana nanti ek.. ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik