Salam hari Ahad kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca tegar blog ini (bajet blogger hot!). Apa rancangan hari minggu ni? Ada nak bawa keluarga keluar makan tak? Apa kata Belalang kongsikan satu tempat makan menarik di Permatang Pauh iaitu
DePauh Garden | Restaurant & Cafe.
Belalang sering gunakan jalan di hadapan restoran ini, tapi tak pernah singgah. Hinggalah hari yang Belalang nak ke Pesta Pulau Pinang. Belalang singgah untuk makan-makan kejap disitu.
Waktu sampai tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 6 petang. Walaupun baru 6 Petang, tapi pelanggan yang datang makan-makan di restoran tu teramatlah ramainya.
 |
Di kawasan parking |
 |
DePauh Garden |
 |
Akuarium besar di dalam restoran menarik perhatian pengunjung |
Keadaan sekeliling kedai ini dihias dengan cantik dan tampak eksklusif. Sebenarnya restoran ini ada menyediakan open space atau dataran luas yang diletakkan meja makan di kawasan itu. Malangnya kamera cap ayam Belalang ni gambar tak cantik pula, jadi tak maulah kongsi gambar tak cantik tu.
Belalang agak restoran ni punya menu special adalah burger dan sat
ay. Sebabnya Belalang tengok banyak pelanggan yang order dua menu tu. Malah kalau tengok dalam menu yang disediakan pun, dua menu tu memang di highlight kan.
 |
Menu untuk burger |
 |
Menu untuk satay |
Belalang dan Mrs.Belalang hanya makan nasi ayam dan nasi lemak sotong. Bagu Belalang si penggemar nasi ayam ni, rasa nasi ayam di sini memang sedap.
 |
Nasi ayam nasi lebih (nafsu gajah) |
Mrs.Belalang yang makan nasi lemak sotong juga mengatakan yang nasi lemak di sini memang sedap.
 |
Nasi lemak nasi lebih (juga nafsu gajah) |
Harga yang Belalang bayar untuk empat orang makan dan air satu jug tidaklah begitu mahal. Malah rasanya sama seperti makan di kedai-kedai lain.
 |
Resit harga untuk empat orang makan |
Cadangnya selepas ini Belalang nak try satay dan burger restoran De Pauh Garden ni pula. Dah rasa nanti Belalang kongsikan lagi ye sedap ke atau macam mana.
Jadi kepada De Pauh Garden, cepat terima kasih kepada Belalang sebab bermurah hati untuk buat review free ini. Kalau rajin offer la Belalang untuk cuba satay dan burger anda, nanti Belalang review lagi. Siap buat puji-pujian yang bisa melemah-longlaikan mereka yang membaca. Boleh macam tu? Huhuhu :P
Terima kasih kerana membaca.
selalu juga mkn dekat sini kalau balik penang..hehe..port lepak! haha
BalasPadamiye?biasa lepak sini order menu apa bro?
Padamnanti2 leh la lepak sekali :)
laaa...baru ja p mkn kt situ tadi ...leg thn gak
BalasPadamapa mcm bro? menu apa best sini? :)
Padamselalu mkn nasi ayam jer
Padampergh terus rasa lapor.. bila nak belanja kak ida ni hehe
BalasPadamhehehe boleh2... jom2 balik mai sini ;)
Padamhee.kalau g penang boleh la singgah kat sini.hehe
BalasPadamha, mai2 singgah sini. tapi kena ajak belalang sekali tau :P
Padamnmpk sdp...hehehe
BalasPadambukan takat nmpk ja, rasa pun sedap baq hang! XD
Padamklu datang dari bulatan bukit tengah tu, kira jalan tuju ke politeknik seberang jaya... try test sekali sis!
BalasPadamemmm... bestnya.... tapi jauh nak pergi... huhu
BalasPadamklu ada rezeki jenjalan sini nanti, leh la try...hehe
Padamassalam..terliur mama tgk pic.makanan tu..ehem kalau mama ke utara nanti bolihlah belanja mama mkn kat sana ek.. ;)
BalasPadammama punya pasal hebat lagi dari ni pun belalang bawa kasi mama cuba :)
Padamalooo kedai ni kat penang ker? huuuu
BalasPadama ah kedai ni kat penang
Padamwah, siap ada nasi lebih tu. hehe
BalasPadambiasa la tu cikgu...
Padamselalu makan kat luar x kenyang sangat, tu yg order nasi lebih...
alih2 kat sini nasi x lebih pun dah kenyang klu makan :)
wah macam best je . tempat pun menarik ;D
BalasPadamyup, cantik gak tempat dia :)
Padamnasik lemak sotong nmpk sedap.harus mencuba bila ke penang nanti..
BalasPadamharus kak yon harus :P
Padam