Jumaat, 4 Januari 2013

Cuti-cuti Ke Port Dickson Tajaan Mama Aini

Lambat betul Belalang buat entry sambungan untuk tentang pergi ke KL hari tu. Part pertama tentang naik keret api dah habis. Kali ni Belalang nak sambung pengalan bermalam di rumah blogger Mama Aini.

Sebenarnya dah lama Belalang dan Mrs.Belalang teringin nak berjumpa Mama Aini, sebabnya sebelum ini Mama ada jemput datang ke kenduri anaknya. Malangnya ketika itu kami tak berkelapangan untuk datang.

Dalam perancangan juga Belalang, Mrs.Belalang, Mama dan Abah ingin melawat Makcik Belalang iaitu mak kepada blogger Mak Dara yang dikatakan kurang sihat ketika itu. Malangnya,sampai di sana kami dapat tahu yang Mak Dara sekeluarga telah pergi bercuti ke Hatyai. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan.


Belalang, Mrs.Belalang dan adik ipar bermalam semalaman di rumah Mama Aini. Sampai-sampai sahaja kami ke rumah Mama, terus Mama ajak makan malam. Rupanya Mama dah ready masak nasi beriani untuk kami. Kami yang sememangnya lapar (pukul 11 malam time tu) terus makan dengan rakusnya!

Esoknya pula Kami telah bermalam di Apartment Tiara Beach Resort di Port Dickson milik Mama Aini. Terus terang cakap memang best sangat dapat bermalam di sini. Walaupun time kami check in tu dah jauh lewat malam (adik ipar punya pasal, sangkut kat KL lama sangat... grrrr), tapi sempat jugalah bawa Belalang Jr. bersuka ria di Fun Fair yang ada dekat-dekat situ


Esoknya kami sekeluarga ke Teluk Kemang untuk mandi pantai. Belalang awalnya malas mandi hanya biarkan Mrs.Belalang dan Belalang Jr. untuk mandi.

Tapi akhirnya Belalang pun turun mandi juga sebab nak rasa juga air laut sini sama tak dengan air laut tempat Belalang. Rupanya sama sahaja. Rasa masin pun sama... Err, ok tak alasan nak mandi macam tu? ;)





Rugi pula rasa sebab tak sempat rakam gambar banyak-banyak. Yang lagi rasa rugi ialah tak sempat nak tangkap gambar bersama Mama dan Papa. Dah la susah nak jumpa.

Nanti kalau ada rezeki Belalang nak bertandang lagilah ke rumah Mama, boleh tak Mama? Kali ni Belalang janji tak lambat-lambat dah. On time punya sampai kat Mama.

Bolehkan Mama? Bolehkan? Bolehkan? :D

Terima kasih kerana membaca...

7 ulasan:

  1. wuahh bestnye belalang..tu r len kali amik gmbaq byk2 hihihi biaq full memo tu~

    BalasPadam
  2. Sop selalu ke Pd tp x de kenalan blogger. Huhuhu

    BalasPadam
  3. assalam belalang..segan pulak belalang tulis psl ni..hu2x.. mama ni blogger lemau & kuam2 kuku je yg belalang kenal !!!..ala takde apapun ..biasa2 aja !!....sila..silalah dtg ..tapi jgn mengejut2 tau..ha2x.. ;)

    BalasPadam
  4. seronoknya... pernah sekali ke sana...

    BalasPadam
  5. wah
    bestnya
    lama tak gi PD
    hehehe

    BalasPadam
  6. Ini bestnya jadii blogger yek....

    BalasPadam
  7. lama gak tak pergi port-dickson ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik