Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Ubat Hanya 'Perantara'

Imej
Demam... Itulah yang telah melanda Belalang sekeluarga. Bermula dari Belalang Jr., kemudian berjangkit pula pada Mrs.Belalang. Akhir sekali barulah sampai kepada Belalang. Demam menyebabkan segala kemahuan hilang. Selera makan hilang, nak bercakap pun malas, apalagi nak update blog ini. Malas-semalas malasnya. Tapi hari ini terasa sudah beransur sihat. Itu yang terus update blog ini. Sewaktu Belalang mengambil ubat untuk menyembuhkan demam, teringat Belalang pada kata-kata seorang sahabat Belalang. Katanya ubat yang kita makan tu hanya 'perantara'. Yang menyembuhkan kita dari sakit bukanlah ubat atau doktor, tapi ALLAH. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." Allah tidak menyuruh hambanya hanya sekadar berdoa tanpa berusaha. Sebab itu Allah mengilhamkan ubat kepada manusia supaya kita berusaha untuk sembuh disamping memperbanyakkan doa.

Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam) | Tempat Riadah Yang Best!

Imej
Empangan Mengkuang/Tasek Mengkuang atau orang-orang sekitar sini panggil Mengkuang Dam adalah salah satu tempat riadah keluarga yang terkenal di kawasan tinggal Belalang. Kebiasaannya orang ramai datang sini untuk berjogging atau membawa keluarga beriadah sambil melihat pemandangnya yang cantik di empangan ini. Biasanya juga keluarga yang singgah ke sini, mesti akan membawa sedikit makanan atau cebisan roti untuk diberi kepada ikan-ikan yang terdapat dalam empangan ini. "Mama! mama!"... jerit ikan-ikan ini kepada Belalang Jr. Belalang selalu juga datang sini membawa Belalang Jr. beri makanan pada ikan-ikan di sini. Antara haiwan yang memang akan menyebabkan Belalang Jr. excited ialah ikan (satu lagi kucing). Sebelum ini Belalang selalu bawa roti-roti yang hampir luput atau yang sudah tamat tempoh. Namun baru-baru ini dapat idea untuk memberi sahaja ikan-ikan disini makan makanan ikan. Bukan mahal mana pun, RM1 sahaja sebungkus. Makanan ikan RM1 .. Ini anak saudara

Kuku Ibu Jari Kaki Tercabut

Imej
Ni bukan nak taksir mimpi kuku tercabut, tapi Belalang nak menceritakan nasib yang menimpa Abah Belalang apabila kuku kakinya terkeluar akibat terkena tongkat motosikal. - - - - Keadaan kaki Abah sebelum mendapat rawatan doktor Memang simpati betul Belalang tengok keadaanya. Abah menaiki motor seorang diri membayar bil. Sewaktu mahu pulang ke rumah itulah kakinya tersadung tongkat motor hinggakan terangkat semua kuku ibu jari kaki! Memandangkan kuku kaki Abah tidak tercabut sepenuhnya, Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa membawa Abah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Keadaan di luar klinik Keadaan di dalam klinik Seperti yang kami duga, kuku kaki Abah dicabut terus oleh doktor untuk membolehkan kaki cepat sembuh. Paling tak tahan, kuku kaki Abah ditarik keluar oleh doktor tanpa ubat bius! Dapat bayangkan tak macam mana punya sakit tu :) Kata Mama yang menemani Abah masuk berjumpa doktor, Abah sampai terjerit sewaktu doktor mencabut kuku kakinya. Huih, ngeri... Har

Pilih Kasih 3 | Vote For Miza Azura!

Imej
Rancangan Pilih Kasih 3 (PK3) telah pun bermula secara rasmi semalam apabila 16 finalis PK3 telah pun diperkenalkan. Tiba-tiba pula Belalang bercerita pasal PK3. Apa kaitan rancangan tu dengan Belalang? Sebenarnya rancangan PK sebelum-sebelum ini memang tiada kena mengena dengan Belalang. Tapi untuk PK musim ini ada kaitan sedikit. Sebabnya salah seorang finalis 16 yang terpilih itu, salah seorang adalah sepupu Belalang Miza Azura . Miza sebelum-sebelum ini memang aktif dalam bidang lakonan dan Model. Malah Miza pernah menjadi juara cover girl untuk majalah Cosmopolitan 2011. kalau nak bercerita pasal Miza, rasanya kena buat entry bersambung-sambung sebab terlampau banyak. Namun yang pasti pertemuan pertama Belalang dan Mrs.Belalang adalah disebabkan Miza... Ops, itu pun kena buat entry lain. Hahaha... Kepada Miza, buat yang terbaik dan semoga berjaya melangkah sejauh yang mungkin. Kepada kawan-kawan Belalang, sudi-sudilah untuk undi Miza Azura. Undi anda membantu Miza mereal

Edward Scissorhands | Kenangan Masa Lalu

Imej
Edward Scissorhands , filem lakonan Jonny Depp . Belalang percaya rata-rata pembaca pernah menonton filem ini. Yang tak pernah tonton, sila-sila dapatkan DVD cerita ini ya :) Mrs.Belalang sangat-sangat menyukai filem ini. Semalam sekali lagi kami berdua (Belalang jr. balik kampung) tonton filem ini. Entah kali keberapa sudah DVD ini diulang tonton. Kata Mrs.Belalang, filem ini mengingatkan dia ketika masih di zaman kanak-kanak. Masih terbayang bagaimana terujanya dia menonton filem ini di kaca TV. Tapi masa itu belum ada Astro atau DVD, jadi filem-filem begini amat susah untuk ditonton dan ternanti-nanti bilakah filem ini akan ditayangkan. Apa yang ingin disampaikan oleh filem ini ialah jangan cepat bersangka buruk kepada orang yang kita tidak kenali dan jangan sesuka hati menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa selidiki terlebih dahulu apa yang telah dia lakukan. Ulang tayang filem-filem begini tidak terasa jemu kerana setiap kali menonton, dalam masa yang sama kenangan

Jangan Update Blog Jika Tiada Idea @ Mood?

Imej
Gambar Carian Google Benarkah tanggapan itu? Belalang pun tak begitu pasti. Tapi jika ditanya pada Belalang sendiri, Belalang memang malas nak susah-susahkan otak Belalang untuk paksa berfikir semata-mata untuk update blog. Biar tak update pun tak apa daripada cuba juga untuk update sesuatu yang merapu-rapu... Hahaha... Tips ini hanya sesuai untuk mereka yang tidak mengejar apa-apapun dalam dunia blog ini melainkan keseronokkan berblog. Namun sekiranya anda berblog untuk cari makan atau buat duit dengan blog, abaikan tips ini kerana blog yang baik mestilah diupdate hari-hari dan sekurang-kurangnya 2 entry. Turun naik mood dalam berblog ini sesuatu yang biasa. Tapi pastikan jangan terlalu lama mood down dan blog tak berupdate. Bimbang pembaca atau kawan-kawan anda jemu menanti serta tidak dapat mengagak waktu bila anda update entry blog. Sangat rugi jika itu berlaku. Sampai disini saja ya. Terima kasih kerana membaca :)

Nak Cari Makan Ke Cari Nahas?

Imej
Berhampiran dengan premis perniagaan Belalang ni, terdapat gerai-gerai kecil milik peniaga melayu. Tapak perniagaan mereka ini sememangnya mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran (MPK) dengan bayaran tertentu untuk setiap hari. Apa yang Belalang nak kongsikan disini adalah perihal satu gerai yang menjual ayam goreng di sini. Perhatikan kedudukan tempat memasak gerai ini. Nampak tak? begitu hampir dengan kabel elektrik! Rasanya kalau Karam Singh Walia datang sini pun, dia akan tegur hal ini. Buatnya api dapur sambar kabel tersebut, boleh menyebabkan ada yang cedera juga rasanya. Sebelum ada perkara buruk berlaku, perlu rasanya ada tindakan samada dari pemilik kedai atau pihak majlis MPK untuk mengubah ke lokasi baru yang lebih selamat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Terima kasih kerana membaca

Berminat Belajar Rubiks? Ini Penyelesaiannya

Imej
Anda berminat bermain rubik? Belalang sememangnya suka bermain rubik semenjak dahulu lagi. Cumanya tak begitu serius untuk belajar atau susah-susah perah otak untuk siapkan warna-warnanya (macam tu pun dikatakan minat ke?). Gambar diambil tanpa kebenaran dari blog Tengkorak Emas ^_^ Rakan blog yang Belalang tahu sangat meminati permainan rubik ialah T.E atau Tengkorak Emas. T.E begitu meminati rubik hinggakan dia buat satu page tutorial khas di blognya untuk sesiapa yang berminat untuk belajar permainan rubik. Belalang pula walaupun minat, namun tak pernah cuba untuk belajar selesaikan rubik betul-betul. Hinggalah baru-baru ini datang niat untuk belajar main rubik ni. Secara asasnya, untuk menyelesaikan satu-satu rubik kiub yang 3x3x3 atau lain-lain, ia mempunyai beberapa gerakan yang jika kita tahu, terlalu la mudahnya kita rasa nak selesaikan kiub rubik. Belalang sendiri dah berjaya selesaikan rubik 3x3x3 dengan catatan masa paling ok sekita 2 minit, err... tak laju pun =.=!

Pemandangan Hari Terakhir Serahan Borang BR1M Di Bandar Perda

Imej
Kelmarin adalah tarikh akhir untuk mereka yang berpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah menghantar borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Tak pasti pula Belalang samada tarikh akhir tersebut dilanjutkan atau tidak. Belalang telah ke LHDN Bandar Perda untuk menyerahkan borang permohonan BR1M atas nama nenek dan mak cik Belalang. Pada awalnya Belalang menyangkakan nenek dan makcik Belalang yang tinggal serumah itu telah menghantar borang tersebut. Disebabkan salah faham yang berlaku itulah, borang mereka berdua hanya dihantar pada saat-saat akhir. Kelihatan mereka-mereka yang menghantar borang saat-saat akhir ini tidaklah seramai mana. Nampak sangat awal-awal lagi orang ramai dah hantar. Mentang-mentang nak dapat duit, semua orang laju saja hantar borang tu ye. Hehehe... Kepada yang sepatutnya layak mendapat bantuan RM500 ini tetapi tidak memohon, sayang juga rasanya. Kerajaan dah peruntukkan untuk kita, jadi cuba sajalah. Dapat atau tidak Belakang kira :) Terima

Empat-empat Sekali Kena Kebas!

Imej
Naik seram Belalang tengok peristiwa yang berlaku baru-baru ini dalam kawasan perumahan Belalang. Kereta Wira yang di letakkan di hadapan rumah hilang keempat-empat tayarnya! Waktu kejadian rasanya baru pukul 12 malam. Kebetulan Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar Mama Belalang pulang ke rumah. Tiba di tempat kejadian, Belalang lihat beberapa lelaki yang memakai 'reflective jackets' (kemungkinan anggota rela) sedang tinjau-tinjau kereta berkenaan. Belalang tak perasan apa masalah kereta tersebut pada mulanya. Hinggalah kereta Belalang berada betul-betul di sebelah kereta tersebut, barulah Belalang nampak yang keempat-empat tayar kereta tersebut tiada. Selesai menghantar Mama balik, ketika melalui sekali lagi jalan tersebut untuk pulang ke rumah, Belalang lihat kereta peronda polis baru tiba di tempat kejadian. Gambar di atas tu Belalang ambil di waktu siang. Kalau nak tangkap gambar malam-malam, nanti dapat gambar lain pula... Hehehe Nampaknya Belalang

Apa La Yang Seronok Sangat Mengadap Blog?

"Apa yang seronoknya buat blog?" tersenyum Belalang apabila soalan tersebut dilontarkan oleh orang-orang yang mengenali Belalang. Sampaikan ada yang 'gosip' di belakang mengatakan Belalang ni habiskan masa dan buat benda yang sia-sia. Biasanya mereka yang beranggapan begitu adalah orang yang langsung dan tidak pernah ambil tahu akan dunia blog. Mereka sememangnya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang blog. Disebabkan itu, apabila mereka melihat Belalang begitu tekun mengadap laptop hampir setiap hari, terus kena cop buang masa. Hahaha... Sekiranya anda juga pernah menghadapi situasi seperti itu, elok rasanya kalau di terangkan kepada mereka apa itu blog, apa kepentingan blog dan kuasa blogger yang boleh mempengaruhi orang ramai. Malah, pengarah filem Othman Hafsham juga mengakui kuasa internet begitu hebat hinggakan filem arahannya 'Karipap-karipap Cinta' (Gambit sebagai hero) tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Walaupun tidak dinya

Gila Susu Di Tesco Kulim?

Imej
Sebelum Belalang mulakan entry Belalang hari ini, terlebih dahulu Belalang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola Negeri sembilan atas kejayaan merebut Piala Sultan Ahmad Shah daripada Kelantan semalam. Persembahan kedua-dua pasukan sama hebat, cuma kelebihan tampak lebih kepada Negeri Sembilan kerana mereka berjaya menjelmakan peluang yang ada untuk menghasilkan gol. Ok, Belalang nak mulakan cerita. Selepas menonton perlawanan bola, Belalang terus keluar menuju ke Tesco Kulim. Tujuannya untuk membeli pampers Belalang Jr. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Biasanya pada hari minggu atau cuti, Tesco akan memanjangkan masa operasi mereka hingga pukul 1 pagi. Tiba di Tesco Belalang lihat kenderaan masih banyak, bermakna bukan Belalang sahaja yang 'tebiat' shopping lewat-lewat malam macam ni. Ketika memasuki pintu Tesco, Belalang terlihat sekeluarga cina membawa troli yang penuh dengan susu tepung kanak-kanak. Mulanya Belalang tak hairan sangat sebab menyangkakan

M. Nasir Di MONrods Kulim

Imej
M. Nasir live in Kulim! kepada peminat-peminat sifu M. Nasir, jangan lepaskan peluang untuk melihat secara live persembahannya di Restoran MONrods Kulim pada 28 Januari 2012. sebenarnya ini adalah kunjungan kedua M. Nasir ke restoran berkenaan dimana persembahan sebelum ini diadakan pada bulan November 2011 (kalau tak salah la). Di bawah beberapa keping gambar persembahan M. Nasir di MONrods pada kunjungannya yang pertama dahulu. Semua gambar ini Belalang ambil di FB MONrods Kulim- Kepada yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, sila berhubung terus dengan restoran ini atau klik pada tulisan MONrods yang berwarna biru pada perenggan pertama. Terima kasih kerana membaca... ** Belalang ada seorang makcik yang minat sangat-sangat dengan M. Nasir. Kalaulah mampu bawa dia ke sini :)

Pekena Briyani Di Hari Jumaat

Imej
Assalamualaikum dan selamat berhari Jumaat semua. Lunch nanti makan apa? kalau lepak di kedai-kedai mamak, biasa hari Jumaat mereka akan menghidangkan satu menu istimewa iaitu 'nasi briyani' . Ada juga sesetengah kedai nasi kandar yang sememangnya menyediakan nasi kandar sebagai menu harian mereka. Semenjak berbadan dua, Mrs.Belalang suka sangat pula makan nasi briyani. Baru-baru ni Belalang bawa Mrs.Belalang pekena nasi briyani Kapitan Keling di Bandar Perda. Kebetulan kami ada kerja di sekitar situ. Briyani ayam Kapitan Keling Restoran Kapitan Keling ni asalnya sudah tentulah dari Penang, Jalan Masjid Kapitan Keling. Yang di Perda ini adalah cawangannya. Sememangnya menu istimewa di restoran nasi kandar ini ialah 'claypot briyani' . Tapi pada hari tersebut Belalang tak pekena nasi briyani. Belalang order Nasi Milani Ayam. Untuk mereka yang tak tahan pedas macam Belalang, memang sesuai makan nasi ni. Enak berkrim dan tidak pedas! Hehehe... Milani Ayam Selesai

Kejutan Budaya?

Kebelakangan ini jika singgah ke mana-mana blog, banyak kisah tentang 'kejutan budaya' yang mungkin menimpa beberapa pelajar kita yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ala, macam beberapa keping gambar yang tersebar di internet baru-baru ni. Dari bertudung, terus tudung hilang, dari elok-elok sebagai lelaki sejati, terus bertukar jadi 'auww' siap kahwin sejenis lagi. Apa itu kejutan budaya? Jika rujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu , huraiannya seperti di bawah ini. Belalang copy bulat-bulat tanpa edit dan menokok tambah (yang sebenarnya malas nak taip sendiri)- Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tida

Back To School

Imej
Tajuk dah bunyi macam filem lawak lakonan Stepen Chow , Fight Back To School . Tapi tajuk di atas itu Belalang tujukan khas kepada adik-adik yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini. Untuk negeri Kedah, sesi persekolah telah bermula kelmarin. Belalang berpeluang untuk menghantar anak saudara Belalang ke hari pertama persekolahannya kelmarin. Siapa lagi anak saudara Belalang tu kalau bukan blogger 'Dunia Tanpa Bayangan' (DTB). Anak saudara Belalang ini baru sahaja memasuki sekolah menengah tingkatan 1. Memandangkan keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 4A dan 1B, maka dia telah ditawarkan untuk belajar di salah sebuah sekolah yang  terbaik dalam kawasan Kulim ini. Biasanya di hari pertama persekolahan, ibu bapa semestinya akan berada di sisi anak-anak, bimbang kalau-kalau ada sebarang urusan yang terlupa atau belum diselesaikan, jadi boleh dibereskan. Begitu juga Belalang dan Mrs.Belalang, kami menemani Qayyum (nama pena DTB) hingga segala urusan selesai. Setelah

Zoo Taiping Punya Cerita

Imej
 Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya. Itulah yang telah berlaku pada Belalang sekeluarga pada 25 Disember sudah. Lain perancangan awal, lain pula yang jadi. Pada mulanya Belalang telah berpakat dengan kakak dan Mama Belalang untuk memenuhi majlis perkahwinan seorang pelanggan kedai yang telah menjemput kami seisi keluarga. Maka, Belalang dan Mrs.Belalang pun bersiap-siap untuk ke majlis tersebut. Setelah kami siap, Belalang mengarahkan Mrs.Belalang untuk menghubungi Kakak Belalang untuk bertanyakan samada dah siap atau belum. "Mau tak kita pi Zoo Taiping?"... La... Tiba-tiba pula tukar plan nak ke zoo? Biar betul. Waktu Kakak Belalang tanyakan soalan tu, jam baru melewati pukul 3 petang. Setelah berbincang sesama kami laki bini , keputusannya Belalang bersetuju untuk ke Taiping. Bukan apa, Belalang Jr. pun belum pernah sampai ke sana. Jadi rasanya ok juga luangkan masa yang ada ni ke sana. Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 petang kami pun tibalah di Zoo

Kemaruk Bercinta?

Imej
Ni satu print screen masej di cbox blog SBT. Nampak tak apa masej yang ditinggalkan? Kalau tak nampak, mari Belalang tolong taip semula apa yang ditulis- xxx: saye nk berkenalan seorang gulz y setia...ade x??law ade col xxx-xxxxxxx..gulz only....bru lpaz putuz dgn kekasih... (07:56 PM) xxx: owg n9 jer k... (07:58 PM) Macam-macam la orang muda sekarang ni. Tukar pasangan macam nak tukar baju. Hari ni hilang, esok berganti baru, lusa tukar lagi. Yang menyebabkan Belalang tak tahan nak ketawa, siap beri nombor telefon lagi... Hahaha Belajar la bagi habis sekolah dulu. Cinta tak payah dicari kerana satu hari nanti datangnya dengan sendiri. Betul ke? Entah, Belalang agak saja. Hahaha

Nak Header?

Kata orang selain daripada nama blog yang unik, penuulisan yang baik, header blog yang menarik mampu membuat pembaca mengingati sesebuah blog itu. Bagi Belalang sendiri pula, Belalang memang mudah untuk mengingati sesuatu blog itu jika header dia menarik. Mukadimah di atas itu sebenarnya Belalang nak tujukan kepada header blog Belalang ini. Cantik tak? hehe... mesti la cantik sebab bukan Belalang yang design! Kalau Belalang yang design sure buruk ya amat. Header di atas tu, empunya yang design kepada Belalang tak lain dan bukan si budak pelangi tu la atau dalam nama 'omputihnya' Rainbow Cloudy . Sebenarnya header di blog Suara Bawah Tanah tu pun hasil sentuhan kreatif budak rain (panggilan Belalang pada dia). Pendapat Belalang, budak rain ni memang kreatif. Kalau tak percaya, cuba anda baca setiap entry di blognya. Serius, memang best dan tak bosan. Rain memang menerima tempahan untuk buat header. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmatnya, sila-sila la hubungi di