Berminat Belajar Rubiks? Ini Penyelesaiannya

Anda berminat bermain rubik? Belalang sememangnya suka bermain rubik semenjak dahulu lagi. Cumanya tak begitu serius untuk belajar atau susah-susah perah otak untuk siapkan warna-warnanya (macam tu pun dikatakan minat ke?).

Gambar diambil tanpa kebenaran dari blog Tengkorak Emas ^_^

Rakan blog yang Belalang tahu sangat meminati permainan rubik ialah T.E atau Tengkorak Emas. T.E begitu meminati rubik hinggakan dia buat satu page tutorial khas di blognya untuk sesiapa yang berminat untuk belajar permainan rubik.

Belalang pula walaupun minat, namun tak pernah cuba untuk belajar selesaikan rubik betul-betul. Hinggalah baru-baru ini datang niat untuk belajar main rubik ni.

Secara asasnya, untuk menyelesaikan satu-satu rubik kiub yang 3x3x3 atau lain-lain, ia mempunyai beberapa gerakan yang jika kita tahu, terlalu la mudahnya kita rasa nak selesaikan kiub rubik.

Belalang sendiri dah berjaya selesaikan rubik 3x3x3 dengan catatan masa paling ok sekita 2 minit, err... tak laju pun =.=!

Belalang belajar dengan dua video di bawah ini. Kalau berminat boleh la tonton dan cuba.




Atau anda juga boleh ke blog Tengkorak Emas untuk melihat cara-cara selesaikan rubik yang disediakan sendiri oleh T.E

Selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. salam belalang..mama sibuk sikit..ari ni majlis pernikahan sepupu mama..`cik n` pun ada rubik tu !!..percaya tak mama tak pernah try pun..kes malas nak fikir jln penyelesaiannya !!..he2x..

    BalasPadam
  2. ada la beli rubik ni tapi tak pernah cuba nak buat dengan serius..setakat pusing2 tak jadi lepas tu tolak tepi..heheh

    BalasPadam
  3. Mak ada 1 org adik yg gila hebat main menda alah ni. Klu bg mak, 5 minit je, terus rasa nak baling jer rubik tu..hihihi

    BalasPadam
  4. hehe rain pun macam mak gak. rasa nk baling pas 5 minit!

    BalasPadam

Catat Ulasan