Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam) | Tempat Riadah Yang Best!

Empangan Mengkuang/Tasek Mengkuang atau orang-orang sekitar sini panggil Mengkuang Dam adalah salah satu tempat riadah keluarga yang terkenal di kawasan tinggal Belalang.


Kebiasaannya orang ramai datang sini untuk berjogging atau membawa keluarga beriadah sambil melihat pemandangnya yang cantik di empangan ini. Biasanya juga keluarga yang singgah ke sini, mesti akan membawa sedikit makanan atau cebisan roti untuk diberi kepada ikan-ikan yang terdapat dalam empangan ini.

"Mama! mama!"... jerit ikan-ikan ini kepada Belalang Jr.

Belalang selalu juga datang sini membawa Belalang Jr. beri makanan pada ikan-ikan di sini. Antara haiwan yang memang akan menyebabkan Belalang Jr. excited ialah ikan (satu lagi kucing).

Sebelum ini Belalang selalu bawa roti-roti yang hampir luput atau yang sudah tamat tempoh. Namun baru-baru ini dapat idea untuk memberi sahaja ikan-ikan disini makan makanan ikan. Bukan mahal mana pun, RM1 sahaja sebungkus.

Makanan ikan RM1.. Ini anak saudara Belalang

Ikan yang tak pernah kenyang datang lagi minta makan!

Berbaloi keluarkan RM1 kerana jumlah ikan yang datang untuk makan adalah lebih banyak daripada memberi roti.

Bukan iklan ubat batuk cap ibu dan anak

Kalau malas nak berjogging atau beri ikan makan, anda boleh sahaja duduk di kerusi-kerusi batu yang disediakan sambil menikmati panorama alam yang indah (macam ayat nasional geographic pula).

Setakat ini dahulu tulisan kali ini. Terima kasih kerana membaca :)

Ulasan

  1. BOLEH TANGKAP TAK IKAN TU???
    KALAU BERKELAH KAT SITU MESTI LAGI BEST..KAN??

    BalasPadam
  2. mesti seronok jika berpicnic satu famili:)

    BalasPadam
  3. ehem cantik pemandangan kat Mengkuang Dam ni..belalang cari ilham kat sini ke?..hikk2x..
    belalang jr pun penyanyang ngan binatang mcm belalang ek !!.. :)

    BalasPadam
  4. tak boleh ke pancing ikan tue?haha :P

    BalasPadam
  5. @sis diana
    ikan2 d sini boleh tgk saja. mandi pun x boleh :)

    @org muo
    berhampiran maktab perguruan tunku bainun

    @teratai
    yup... tp klu dapat tempat yang leh mandi lagi best :)

    BalasPadam
  6. @mama aini
    budak kecik tu memang, klu jumpa kucing kat luar dia amik letak dalam keta. soh bawak balik rumah XD

    BalasPadam
  7. @emy zulaiha
    kalau boleh pancing, sure xde pic yang ikan datang banyak2 tu. huhuhu

    BalasPadam
  8. kpah hanya dengar nama jer tempat ni belalang... tak pernah pun pegi...

    BalasPadam
  9. cantiknya permandangan..tenang jer rasa...

    BalasPadam
  10. cantik gak tempat ni..

    salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/

    kita dah follow..jom follow kita lak ekk..

    BalasPadam

Catat Ulasan