Pemandangan Hari Terakhir Serahan Borang BR1M Di Bandar Perda

Kelmarin adalah tarikh akhir untuk mereka yang berpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah menghantar borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Tak pasti pula Belalang samada tarikh akhir tersebut dilanjutkan atau tidak.


Belalang telah ke LHDN Bandar Perda untuk menyerahkan borang permohonan BR1M atas nama nenek dan mak cik Belalang. Pada awalnya Belalang menyangkakan nenek dan makcik Belalang yang tinggal serumah itu telah menghantar borang tersebut.

Disebabkan salah faham yang berlaku itulah, borang mereka berdua hanya dihantar pada saat-saat akhir.



Kelihatan mereka-mereka yang menghantar borang saat-saat akhir ini tidaklah seramai mana. Nampak sangat awal-awal lagi orang ramai dah hantar. Mentang-mentang nak dapat duit, semua orang laju saja hantar borang tu ye. Hehehe...

Kepada yang sepatutnya layak mendapat bantuan RM500 ini tetapi tidak memohon, sayang juga rasanya. Kerajaan dah peruntukkan untuk kita, jadi cuba sajalah. Dapat atau tidak Belakang kira :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ada yang tak mohon ke??ruginya..tolak rezeki orang lain ada yang sampai sentap2 sebab tak layak mohon...

    heheheh

    BalasPadam
  2. xnak mohon.. sebab pikir..pasti ada insan yg lebih susah yg perlukan bantuan..

    BalasPadam
  3. ya belalang tak salah jika diisi..ehem memang patut nenek & makcik belalang anta borang tu..sekurang2nya dpt menambahkan duit poket mereka kan..hu2x..

    BalasPadam

Catat Ulasan