Jumaat, 27 Januari 2012

Kuku Ibu Jari Kaki Tercabut

Ni bukan nak taksir mimpi kuku tercabut, tapi Belalang nak menceritakan nasib yang menimpa Abah Belalang apabila kuku kakinya terkeluar akibat terkena tongkat motosikal.

-

-

-

-



Keadaan kaki Abah sebelum mendapat rawatan doktor

Memang simpati betul Belalang tengok keadaanya. Abah menaiki motor seorang diri membayar bil. Sewaktu mahu pulang ke rumah itulah kakinya tersadung tongkat motor hinggakan terangkat semua kuku ibu jari kaki!

Memandangkan kuku kaki Abah tidak tercabut sepenuhnya, Belalang dan Mrs.Belalang terpaksa membawa Abah ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Keadaan di luar klinik


Keadaan di dalam klinik

Seperti yang kami duga, kuku kaki Abah dicabut terus oleh doktor untuk membolehkan kaki cepat sembuh. Paling tak tahan, kuku kaki Abah ditarik keluar oleh doktor tanpa ubat bius! Dapat bayangkan tak macam mana punya sakit tu :)

Kata Mama yang menemani Abah masuk berjumpa doktor, Abah sampai terjerit sewaktu doktor mencabut kuku kakinya. Huih, ngeri...

Hari ni Abah ke klinik lagi untuk cuci bekas luka tersebut. Semoga kaki Abah akan cepat sembuh...

Terima kasih kerana membaca

11 ulasan:

  1. kenapa tak bius..
    ish..kalau akak memang otometik kaki akak terlompat kat muka doktor..hehhe

    BalasPadam
  2. saya ni kalo bab tercabut2 ni seriau jugak

    BalasPadam
  3. Memang tak boleh bius ke?kesian pakcik.Kirim salam dgn pak cik ye.

    BalasPadam
  4. adooiiii sakitnya..... kenapalah tak dibius... confius japp..

    semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. assalam belalang..semuga skrg ni kaki abah belalang dah bertambah pulih..ehem kenapa doktor tak bius ek?..kesiannya..mesti sakit sangat !!..hu2x..

    BalasPadam
  6. salam...belalang...kenapa doktor x bius..ya allah sakitnya ...kata hatiku dah kena masa jemput anak balik dari rumah pengasuh...ya ampun mau je melalak depan org ramai...kesian dkt abah awak.....

    BalasPadam
  7. Adoiiiiiii..kesiannya abah!! Dah la sakit, bertambah2 sakit sbb kena cabut kuku tu tanpa bius.

    Moga abah belalang cpt sembuh ye

    BalasPadam
  8. alahai siannyer abah..semoga cepat sembuh :)

    BalasPadam
  9. knapa tak bius ek? aduiyai.. bgilunya dengar.. kesian abah belalang. Moga cepat sembuh.. sampai terasa2 dekat kuku aida sakitnya..

    BalasPadam
  10. huhu aku pun berpengalaman kuku jari tercabut.. ni masa belajar la, kuku jari tangan tercabut, tapi nurse letak bius jugak sebelum cabut..

    BalasPadam
  11. Sy prnah jgak rsa mcam.....sakit giler

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik