Kejutan Budaya?

Kebelakangan ini jika singgah ke mana-mana blog, banyak kisah tentang 'kejutan budaya' yang mungkin menimpa beberapa pelajar kita yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ala, macam beberapa keping gambar yang tersebar di internet baru-baru ni. Dari bertudung, terus tudung hilang, dari elok-elok sebagai lelaki sejati, terus bertukar jadi 'auww' siap kahwin sejenis lagi.

Apa itu kejutan budaya? Jika rujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu, huraiannya seperti di bawah ini. Belalang copy bulat-bulat tanpa edit dan menokok tambah (yang sebenarnya malas nak taip sendiri)-

Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tidak wajar. Sering kali ini digabung dengan kebencian moral atau estatik yang kuat mengenai sesetengah aspek budaya berlainan atau budaya baru.

Ok, Belalang bukan nak huraikan pasal perkataan tersebut. Cuma Belalang hairan bagaimana perkara ini boleh menimpa diri seseorang. Pelik juga sebab yang mengalami masalah-masalah ini bukannya orang bodoh kurang cerdik, tapi mereka yang bijak dan pandai. Belalang sendiri melihat depan mata Belalang ada orang-orang yang Belalang kenali berubah 100% penampilan dan percakapan dalam masa yang singkat.

Kalau kejutan budaya tu ke arah kebaikan, seperti dari tak bertudung mula bertudung, dari bertindik (bagi lelaki) terus buang tindik, ok la juga. Ini dari seorang muslimah sejati terus bertukar kepada gadis 'rewang', dari lelaki sejati, bertukar jadi auww. Wow! bahaya tu...

Adakah ia berlaku kerana pengaruh kawan-kawan? Atau sememangnya orang sebegini tidak kuat pendiriannya? Belalang tiada jawapan-jawapan itu. Mungkin anda ada jawapannya?

Namun yang pasti nak berubah atau tidak, ia terletak pada 'nawaitu' kita. Jika kita seorang yang pandai menyesuaikan diri, tentu sekali kita tidak akan membiarkan budaya negatif tempat tersebut menguasai kita. Ambil yang positif sahaja, yang negatif jauhkan.

Belalang tak tujukan entry ini kepada sesiapa. Sekadar pandangan peribadi. Yang pasti, kejutan budaya tidak hanya berlaku bila seseorang itu keluar dari Malaysia. Kawan-kawan yang dari tempat terpencil bila ke bandar besar seperti Kuala Lumpur pun ada yang sudah terkena kejutan budaya. Betul, Belalang dah lihat sendiri hal tersebut :)

Dan Belalang yakin, bukan Belalang sahaja yang ada pengalaman sebegitu. Anda sendiri pun pernah lihat orang yang anda kenali jadi begitu. Kongsikan di sini jika anda sudi.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. salam pagi belalang..betul kata belalang semakin tinggi mereka belajar semakin tak pandai mereka menggunakan otak utk membezakan mana yg baik @ buruk !!..hu2x..betul kat KL pun terjadi begitu..gadis dr kg bila belajar diKL menghisap rokok & minum tapi bukan semualah !!!..nauzubillah..semuga tidak terjadi dikalangan ahli keluarga kita !!..amin..

    BalasPadam
  2. semalam masa online memang ada ternampak berita yang dedahkan kisah mereka yang cemerlang dan keadaan terkini mereka.. nampak banyak buruk yang didedahkan. tu media internet.

    lepas balik keja tu selak pulak berita akhbar, ibu pelajar terbabit menafikan anaknya yang sosial yang mempertahankan bahawa anaknya masih pelajar yang cemerlang di universiti dan dalm proses menghasilkan buku bimbingan dari profesor..
    ni dari media cetak (utusan)


    berbeza fakta.


    kukuhkan iman, akidah insYAllah pegangan agama pada islam kuat.

    BalasPadam
  3. assalam belalang

    moga hati kita tak dipalingkan menuju ke arah yg tidak baik.

    BalasPadam
  4. aku nampak
    mereka yang terkena kejutan budaya ni
    pandai uruskan kepintaran
    tapi gagal uruskan pendirian

    BalasPadam
  5. kadang-kadang tu bukan kejutan budaya...tapi itu dah jadi budaya yang meng'terkejut'kan org ramai..!!! hee

    BalasPadam
  6. baru kenal dunia gamaknya..
    tapi kenal dunia pun masih sesat..kan??
    kebanyakan golongan2 gini pandai2 kan>>??

    BalasPadam
  7. Apabila keimanan menurun, banyak yang buruk terserlah bigitulah juga sebaliknya...

    BalasPadam

Catat Ulasan