Back To School

Tajuk dah bunyi macam filem lawak lakonan Stepen Chow, Fight Back To School. Tapi tajuk di atas itu Belalang tujukan khas kepada adik-adik yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.

Untuk negeri Kedah, sesi persekolah telah bermula kelmarin. Belalang berpeluang untuk menghantar anak saudara Belalang ke hari pertama persekolahannya kelmarin. Siapa lagi anak saudara Belalang tu kalau bukan blogger 'Dunia Tanpa Bayangan' (DTB).


Anak saudara Belalang ini baru sahaja memasuki sekolah menengah tingkatan 1. Memandangkan keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 4A dan 1B, maka dia telah ditawarkan untuk belajar di salah sebuah sekolah yang  terbaik dalam kawasan Kulim ini.


Biasanya di hari pertama persekolahan, ibu bapa semestinya akan berada di sisi anak-anak, bimbang kalau-kalau ada sebarang urusan yang terlupa atau belum diselesaikan, jadi boleh dibereskan. Begitu juga Belalang dan Mrs.Belalang, kami menemani Qayyum (nama pena DTB) hingga segala urusan selesai.

Setelah betul-betul pasti semua perkara selesai seperti penempatan kelas, tempat duduk dalam dewan dan lain-lain, Belalang tinggalkan anak saudara Belalang di dewan besar sekolahnya bersama pelajar-pelajar baru yang lain untuk mengikuti sesi orientasi mereka.

Kepada yang memulakan sesi persekolahan hari ini, Belalang ucapkan selamat bersekolah. Kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak, semoga semua urusan berjalan dengan baik dan sempurna.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. Tahniah buat ank saudara belalang sbb dpt belajar di sekolah terbaik !!..wah2x..ank saudara pun blogger juga?..he2x..

    BalasPadam
  2. darjah satu, tingkatan satu dan tadika..masing2 mulakan langkah ke alam baru kan?moga semuanya bersemangat

    BalasPadam
  3. belajar rajen-rajen dik. jangan pewit pewiiit. nanti akak g kulim, akak singgah asrama tu.. peace

    BalasPadam
  4. suke la tu dapat anto anak saudara kesayangan ke hari pertama persekolahan alam menengah yang pastinya tidak akan dilupakan oleh ADQayyum.

    bapa saudara n anak saudara sama2 terbaekkk..

    jz akhiri dgn pantun yang berbunyi..

    bapa saudara borek,
    anak saudara rintik..
    bapa saudara pakai cekak rambut besaq,
    anak saudara pakai cekak rambut kecik..

    muahahaha.. ntah apa2 punya pantun.. tapi tau tak pe.. :)

    BalasPadam
  5. @mama aini-
    terpengaruh dengan pakcik dia ni la. hari2 on9... huhuhu

    @LM-
    a ah, tingkatan satu pun ibarat darjah satu balik sebab ke sekolah lain. bezanya x dak dah nangis2 cam buak darjah satu... hehehe

    @Rain-
    dia x tinggal asrama la rain. ritu sebelum sekolah buka, ia2 betoi nak dok asrama... last bila dapat, x moh pulak! hahaha

    @jz-
    paham2... hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan