Ubat Hanya 'Perantara'

Demam... Itulah yang telah melanda Belalang sekeluarga. Bermula dari Belalang Jr., kemudian berjangkit pula pada Mrs.Belalang. Akhir sekali barulah sampai kepada Belalang.

Demam menyebabkan segala kemahuan hilang. Selera makan hilang, nak bercakap pun malas, apalagi nak update blog ini. Malas-semalas malasnya.


Tapi hari ini terasa sudah beransur sihat. Itu yang terus update blog ini.

Sewaktu Belalang mengambil ubat untuk menyembuhkan demam, teringat Belalang pada kata-kata seorang sahabat Belalang. Katanya ubat yang kita makan tu hanya 'perantara'. Yang menyembuhkan kita dari sakit bukanlah ubat atau doktor, tapi ALLAH.

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Allah tidak menyuruh hambanya hanya sekadar berdoa tanpa berusaha. Sebab itu Allah mengilhamkan ubat kepada manusia supaya kita berusaha untuk sembuh disamping memperbanyakkan doa.


Jadi sekiranya anda sembuh dari sakit selepas makan ubat, usah berkata sembuh anda itu kerana ubat, Tapi sedarlah sembuh anda itu kerana usaha anda dan Allah memperkenankan usaha dan doa anda untuk sihat.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. Sakit tu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, dengan izin-Nya~ :)

    BalasPadam
  2. moge cpat sihat.. =)

    BalasPadam
  3. kpah pun baru sembuh demam.. selsema dah berkurang.. yg tinggal kini batuk2...

    BalasPadam
  4. lys pun baru je baik balik demam. musim skrg ni

    BalasPadam
  5. tak mau la demam dalam keadaan sekarang ni..
    huhu...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.....

    Saya baru je pulih dalam lebih kurang 98% (agak2 je) dari selsema dan demam.

    Saya cuma makan ubat "Paracetamol Tablet" dan "Panadol Soluble", selebihnya saya minum teh o suam atau panas dan tidur dengan secukupnya. (ditambah lagi setin minuman berkarbonat yang paling kuat gasnya dan melepaskan gas dari minuman tersebut melalui hidung yang tersumbat).

    Alhamdulilah dengan cara saya ini, kesihatan saya mula bertambah baik selepas lebih kurang seharian tak larat.... Paling utama SOLAT jangan tinggal.....

    BalasPadam
  7. Owh..tak sihat rupanya belalang. Moga akan bertambah sihat la hendaknya selepas ni yea.

    BalasPadam
  8. assalam belalang..semuga belalang & keluarga cepat sembuh !!!..amin..
    mama pun tak sihat ni..hu2x..biasalah org lemau cam mama ni,penyakit on-off..nanti mama jenguk blog belalang ek.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan