Empat-empat Sekali Kena Kebas!

Naik seram Belalang tengok peristiwa yang berlaku baru-baru ini dalam kawasan perumahan Belalang. Kereta Wira yang di letakkan di hadapan rumah hilang keempat-empat tayarnya!

Waktu kejadian rasanya baru pukul 12 malam. Kebetulan Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar Mama Belalang pulang ke rumah.

Tiba di tempat kejadian, Belalang lihat beberapa lelaki yang memakai 'reflective jackets' (kemungkinan anggota rela) sedang tinjau-tinjau kereta berkenaan. Belalang tak perasan apa masalah kereta tersebut pada mulanya. Hinggalah kereta Belalang berada betul-betul di sebelah kereta tersebut, barulah Belalang nampak yang keempat-empat tayar kereta tersebut tiada.

Selesai menghantar Mama balik, ketika melalui sekali lagi jalan tersebut untuk pulang ke rumah, Belalang lihat kereta peronda polis baru tiba di tempat kejadian.


Gambar di atas tu Belalang ambil di waktu siang. Kalau nak tangkap gambar malam-malam, nanti dapat gambar lain pula... Hehehe

Nampaknya Belalang perlu berhati-hati sekarang ni. Bimbang juga perkara tersebut boleh berlaku ke atas diri ini. Dah la rumah Belalang tiada pagar, macam rumah orang putih tu (perasan). Semoga dijauhkan dari perkara-perkara tidak baik...

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. alamak tayar pun nak ambik.. kena beringat lepas ni

    BalasPadam
  2. assalam belalang..skrg ni org nak dapatkan duit cara mudah,malas nak berusaha..kesian tuan punya kereta tersebut !!..berhati2 tau belalang !!..

    BalasPadam
  3. kat kampung aku pernah jadi kes macam ni
    tuan kereta langsung tak sedar
    masa nak gi kerja, dah start enjin, masuk gear tapi kereta tak nak jalan
    fuh, memang kacau

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti | Siapa Hidup Siapa Mati?

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar