Edward Scissorhands | Kenangan Masa Lalu

Edward Scissorhands, filem lakonan Jonny Depp. Belalang percaya rata-rata pembaca pernah menonton filem ini. Yang tak pernah tonton, sila-sila dapatkan DVD cerita ini ya :)





Mrs.Belalang sangat-sangat menyukai filem ini. Semalam sekali lagi kami berdua (Belalang jr. balik kampung) tonton filem ini. Entah kali keberapa sudah DVD ini diulang tonton.


Kata Mrs.Belalang, filem ini mengingatkan dia ketika masih di zaman kanak-kanak. Masih terbayang bagaimana terujanya dia menonton filem ini di kaca TV. Tapi masa itu belum ada Astro atau DVD, jadi filem-filem begini amat susah untuk ditonton dan ternanti-nanti bilakah filem ini akan ditayangkan.

Apa yang ingin disampaikan oleh filem ini ialah jangan cepat bersangka buruk kepada orang yang kita tidak kenali dan jangan sesuka hati menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa selidiki terlebih dahulu apa yang telah dia lakukan.

Ulang tayang filem-filem begini tidak terasa jemu kerana setiap kali menonton, dalam masa yang sama kenangan masa lalu seolah-olah diimbas bersama. Bagaimana pula dengan anda, ada mana-mana filem yang menjadi memori masa lalu?

Sampai disini dahulu. Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. assalam belalang..mama tak pernah lagi menonton ceta ni..hu2x..ehem filem yang mama dan en.hb tonton `adik manja`..

    BalasPadam
  2. antara filem yang selalu aku ulang tengok siri pirates of carribean.. yg boleh mengimbas kenangan lama.. err entahla,

    BalasPadam
  3. Serius cerita nostalgik!

    Kenangan tyme zaman dolu-dolu hehee..

    Aku ada download citer ni, memang best & tak bosan hahaa :)

    BalasPadam

Catat Ulasan