Pekena Briyani Di Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat berhari Jumaat semua. Lunch nanti makan apa? kalau lepak di kedai-kedai mamak, biasa hari Jumaat mereka akan menghidangkan satu menu istimewa iaitu 'nasi briyani'. Ada juga sesetengah kedai nasi kandar yang sememangnya menyediakan nasi kandar sebagai menu harian mereka.

Semenjak berbadan dua, Mrs.Belalang suka sangat pula makan nasi briyani. Baru-baru ni Belalang bawa Mrs.Belalang pekena nasi briyani Kapitan Keling di Bandar Perda. Kebetulan kami ada kerja di sekitar situ.
Briyani ayam Kapitan Keling

Restoran Kapitan Keling ni asalnya sudah tentulah dari Penang, Jalan Masjid Kapitan Keling. Yang di Perda ini adalah cawangannya. Sememangnya menu istimewa di restoran nasi kandar ini ialah 'claypot briyani'.

Tapi pada hari tersebut Belalang tak pekena nasi briyani. Belalang order Nasi Milani Ayam. Untuk mereka yang tak tahan pedas macam Belalang, memang sesuai makan nasi ni. Enak berkrim dan tidak pedas! Hehehe...
Milani Ayam

Selesai kami bersantap, terus sahaja menuju ke kedai kami untuk memulakan perniagaan pada hari tersebut. Dua tiga hari lagi tentu Mrs.Belalang merengek nak makan briyani lagi. Dah tahu sangat.

Tapi apakan daya orang sedang berbadan dua, turutkan saja la apa yang dia mahu. Nanti kempunan pula.

Terima kasi kerana membaca

Ulasan

  1. mama jeles !!!..pagi2 dtg sini nampak briyani..terliur pulak tu..mama makan roti je pagi ni.. hu2x..betul tu belalang org mengandung ni kena turutkan,kata org tua2,nanti air liur anak asyik meleleh je,kalau apa yg diidamkan oilh ibu masa mengandung tidak ditunaikan..he2x..pertama kali mama dengar milani ayam tu !!..rasanya kat restoren mamak pelita (klang) ni takde nasi tu..

    BalasPadam
  2. seronoknya berbadan dua..boleh mintak nak makan apA je.ekekek

    BalasPadam
  3. tahniah2
    agaknya bila pulak orang baru tu akan hadir, bro?

    BalasPadam
  4. tahniah2 utk belalang n mrs belalang...

    apa pun kenalah layankan aje bila isteri ni mengidam kan belalang... selagi boleh ditunaikan...

    BalasPadam
  5. akupun berbadan tiga nie..kao Fed-Exkan..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan