Zoo Taiping Punya Cerita


 Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya. Itulah yang telah berlaku pada Belalang sekeluarga pada 25 Disember sudah. Lain perancangan awal, lain pula yang jadi.

Pada mulanya Belalang telah berpakat dengan kakak dan Mama Belalang untuk memenuhi majlis perkahwinan seorang pelanggan kedai yang telah menjemput kami seisi keluarga.

Maka, Belalang dan Mrs.Belalang pun bersiap-siap untuk ke majlis tersebut. Setelah kami siap, Belalang mengarahkan Mrs.Belalang untuk menghubungi Kakak Belalang untuk bertanyakan samada dah siap atau belum.

"Mau tak kita pi Zoo Taiping?"...

La... Tiba-tiba pula tukar plan nak ke zoo? Biar betul. Waktu Kakak Belalang tanyakan soalan tu, jam baru melewati pukul 3 petang.

Setelah berbincang sesama kami laki bini, keputusannya Belalang bersetuju untuk ke Taiping. Bukan apa, Belalang Jr. pun belum pernah sampai ke sana. Jadi rasanya ok juga luangkan masa yang ada ni ke sana.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 petang kami pun tibalah di Zoo Taiping. Orang punyalah ramai sampaikan kereta di parking ikut suka hati saja. Asal ada kosong, muat kereta, mesti ada yang masuk. Sama jugalah dengan Belalang. Memandangkan kesuntukkan masa (Zoo tutup pukul 7 malam) dan tiada parking kosong, Belalang masuk sahaja mana tempat yang dirasakan selamat untuk kereta Belalang. Saman, belakang cerita ( nasib tak kena).

Tiket masuk untuk orang dewasa adalah RM12, sementara kanak-kanak atas tiga tahun RM8 (Belalang Jr. masuk free)

Budak ni excited betul tengok binatang kat zoo

Biasanya bagi mereka yang malas nak berjalan atau warga emas, kereta api yang disediakan oleh pihak zoo semestinya menjadi pilihan. Tapi pada hari tersebut mereka yang menanti untuk naik kereta api, mak datuk punyalah ramai. belalang yang sama-sama line-up untuk naik, last sekali terpaksa tukar plan berjalan kaki.

Sebelum masuk, kena cukai belon angry bird pula dengan budak ni =.=!

Tapi bagus juga berjalan kaki untuk melihat sendiri haiwan-haiwan dalam sangkar ni. Selain daripada dapat melihat dengan lebih dekat, masa untuk bergambar juga dapat dipanjangkan. Kalau tak cantik, boleh tangkap lagi sampai puas hati. Hahaha...

Mrs.Belalang dan anak saudara Belalang, blogger dunia tanpa bayangan

Kami keluar dari zoo sekitar 7 petang. Pusing-pusing kejap dalam pekan (pekan ke bandar ek?) Taiping, lepas tu cari port untuk dinner.

Agak susah untuk mencari kedai makan di Taiping ni rupanya. Berbanding di tempat Belalang, kedai makan tersangat la banyaknya. Pusing punya pusing, akhirnya kami jumpa satu kedai yang rasanya mungkin sedap sebab pelanggan kedai tu ramai ya amat. Nama kedai tu 'Kedai Nasi Ayam Kamunting'.


Ok juga nasi ayam di sini. Patut la pelanggan ramai sangat. Kira berbaloi la pusing-pusing punya lama cari kedai makan. Hehe

Lepas dinner tu, Belalang sekeluarga pulang terlebih dahulu. Kakak dan abang ipar Belalang balik kemudian sebab nak jumpa kawan mereka. Sampai rumah sekitar pukul 10 malam.

Letih ni jangan cakap la, kepala lutut rasa macam nak tercabut. Tapi puas hati sebab berjaya bawa Belalang Jr. melihat sendiri segala binatang secara dekat yang selama ni dia hanya melihat di National Geographic.

Ada rezeki nanti Belalang bawa dia pergi lagi :)

Muka budak hepi dapat jalan-jalan dan nak dapat adik

Ulasan

  1. ehem bestnya dpt ke zoo taiping..mama tak pernah sampai kesana lagi..hu2x..comilnya belalang JR..cantik mcm mrs.belalang !!..

    BalasPadam
  2. huk alaa 25hb aku kat dungun hee kalau tak boleh ajak singgah alang2 da kat perak kan.. hmm, tapi ade satu bintang je takgi zoo pon dia kenal, "BElalang"!! hahahaaa....

    dah besor dah budak ni, camne nak cop untuk Padin Jr nih?

    BalasPadam
  3. @Rain-
    boleh, duk atas bumbung atau dalam bonet keta la... ngee

    @mama aini-
    mrs.belalang senyum sampai ke telinga baca komen mama ni XD

    @padin-
    mmg ritu p sana niat nak cari kandang BELALANG HIJAU. tapi x de la... hampa~

    BalasPadam

Catat Ulasan