Apa La Yang Seronok Sangat Mengadap Blog?

"Apa yang seronoknya buat blog?"

tersenyum Belalang apabila soalan tersebut dilontarkan oleh orang-orang yang mengenali Belalang. Sampaikan ada yang 'gosip' di belakang mengatakan Belalang ni habiskan masa dan buat benda yang sia-sia.

Biasanya mereka yang beranggapan begitu adalah orang yang langsung dan tidak pernah ambil tahu akan dunia blog. Mereka sememangnya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang blog. Disebabkan itu, apabila mereka melihat Belalang begitu tekun mengadap laptop hampir setiap hari, terus kena cop buang masa.

Hahaha...

Sekiranya anda juga pernah menghadapi situasi seperti itu, elok rasanya kalau di terangkan kepada mereka apa itu blog, apa kepentingan blog dan kuasa blogger yang boleh mempengaruhi orang ramai.

Malah, pengarah filem Othman Hafsham juga mengakui kuasa internet begitu hebat hinggakan filem arahannya 'Karipap-karipap Cinta' (Gambit sebagai hero) tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Walaupun tidak dinyatakan medium apa yang dimaksudkannya sebagai 'kuasa internet' tersebut, rasanya kita semua dapat mengagak yang blog dan laman sosial seperti Facebook sangat memberi kesan dan mampu mempengaruhi orang ramai.

"Buat blog dapat duit? Hang jangan dok 'kencing' aku la"...

Ini juga antara ayat-ayat yang pernah dilontarkan orang kepada Belalang. Bab ni Belalang memang tak explain panjang pada siapa-siapa. selalunya Belalang bagi tau sekali sahaja. Kalau dia 'kondem' macam tu, Belalang balas dengan senyuman sahaja. Tengok sendirilah kalau nak tahu betul ke tidak blog boleh buat duit.

Namun yang pasti, seseorang itu menjadi blogger disebabkan satu kepuasan yang hanya kita blogger tahu macam mana rasanya. Dan Belalang akan terus menulis blog selagi Belalang menyukai dunia blog dan selesa dengan komuniti blog yang Belalang kenali hari ini. Lantak la apa orang nak cakap, yang penting "kita enjoy!"...

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. ramai kata buang masa.tp lbh buang masa jika bergayut kat fb buat status bodoh tanpa menyampai kan sebarang info mlh meraih dosa .

    BalasPadam
  2. dulu ada la sorang kwn yg anggap akak buang masa.tapi kan sekarang ni tau pun diam bila tetiap bulan akak tayang cek yg sampai..hahahah..
    jahat kan???

    BalasPadam
  3. tak kenal maka tak cinta, bro
    lain padang lain belalang
    hehe

    BalasPadam
  4. setuju 200% ngan tehr. siapa2 yg cakap berblog tu hanya buang masa sbnrnya tak tau pun blog tu apa.... kesian plak rasannya...

    BalasPadam
  5. betol...betol.. kata upin ipin. sapa yang makan cili baru rasa pedasnye. hehehehe. Dunia blog mcm2 tafsiran, terpulanglaa masing2 punyer pendapat. yang penting AKU SUKA dengan gajet aku. BLOG OH BLOG...

    BalasPadam
  6. he2x..diaorg tak tahu buat blog bolih hasilkan duit..hendak2nya blog hebat spt belalang ni !!..diamkan sahaja kan mereka itu dan :)..

    BalasPadam

Catat Ulasan