Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pandangan

Raja Nur Nazwa Ariana | Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan

Imej
Kelmarin ketika baru pulang dari tempat kerja, sedang santai-santai dihadapan TV mendengar berita, Geleng kepala Belalang bila dengar laporan tentang pelajar sekolah berusia 7 tahun maut terjatuh dalam lubang kumbahan . Pagi ini bila ada yang mengirimkan gambar-gambar kejadian dan wajah mangsa melalui aplikasi, terasa sayunya hati ini. Murid tahun satu itu, Raja Nur Nazwa Ariana . Sedap nama dan comel orangnya. Dikatakan pelajar Sekolah Rendah Agama Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai itu sedang bermain bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh kedalam lubang kumbahan tersebut. Anda boleh membaca berita penuh tentang tragedi menyayat hati tersebut di sini (klik) dan sini (klik) . Sebegai umat Islam pastinya kita berpegang kepada qada dan qadar yang perkara yang telah ditetapkanNya berlaku tetap akan berlaku. Cumanya jika diambil kira dari segi faktor keselamatan, pastinya akan ada yang mempersoalkan tentang ini. Tidak ditutupkan lubang tersebut? Apakah pihak sekola...

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel...

Review Perjalanan Keretapi Tanah Melayu (KTMB)

Imej
Inilah kehidupan seorang blogger... Apa sahaja yang boleh ditulis, boleh direview, habis semua ditulisnya. Termasuk la Belalang, kali ni Belalang nak review tentang dua keretapi tanah melayu berhad (KTMB) iaitu keretapi Senandung Langkawi dan Ekspress Rakyat yang Belalang naik baru-baru ni. Baru-baru ni Belalang ada sedikit urusan di Kuala Kangsar. Entah macam mana Mrs.Belalang ajak naik keretapi untuk kesana. Lagipun adik Mrs.Belalang tinggal di Kuala kangsar, Rumahnya sangat hampir dengan stesen keretapi di sana. Pada awalnya Belalang cuba memeriksa jadual perjalanan keretapi dari Bukit Mertajam ke Kuala Kangsar di internet. Tetapi malangnya Belalang tak temui laman web yang betul. Jadual perjalanannya juga tidak disediakan. Malah lebih tak best nombor telefon pejabat KTMB yang Belalang perolehi di internet juga adalah talian yang telah tamat perkhidmatannya. Dengan menaiki motosikal, Belalang terus beli tiket keretapi untuk ke Kuala Kangsar di stesen KTMB Bukit Mertajam. Ru...

Pos Laju | "Dulu Tak Macam Ni"...

Imej
Sebagai peniaga online, penghantaran barang kepada pelanggan menggunakan pos laju bukanlah sesuatu yang asing lagi. Selain daripada murah, sistem online pos laju yang memudahkan pengguna untuk menjejaki barang juga menjadi sebab mengapa pos laju menjadi pilihan. Belalang juga biasanya akan menggunakan perkhidmatan pos laju bagi penghantaran barangan domestik. Biasanya pukul 3 petang ke atas adalah masa untuk Belalang keluar pos barang. Baru-baru ini ketika berbual dengan kakak penjaga kaunter pos laju, sempat la borak-borak tentang barang jualan Belalang dan juga mengenai pos laju. Menariknya, Kakak tu beritahu sejak akhir-akhir ni begitu banyak orang yang membuat penghantaran dengan pos laju. Sampaikan perlu berbaris panjang. "Dulu tak macam  ni. Nak tengok dalam satu-satu masa lima orang sekaligus datang pos laju pun susah. Tapi sekarang ni, sampai keluar pintu orang berbaris untuk pos barang. Ala, fenomena jualan online la katakan". Belalang hanya tersenyu...

Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap

Imej
Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan. Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja. Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan. Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat  warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (k...

Hot Keywords Jan 2013 | Tebus Rebat RM200

Imej
Entry pertama untuk bulan Februari 2013. Sebenarnya Belalang tengah download satu ebook sejak pukul 2:30 petang tadi.Sekarang dah pukul 4 petang tapi baru berjaya download setengah! sedih... sedih... Jadi sambil-sambil tunggu proses download selesai, Belalang gunakan kesempatan ini untuk update blog ini. Belalang nak kongsikan disini mengenai 'kata kunci panas' atau 'hot keywords' sepanjang bulan Januari 2013 lepas. Blog ini bukanlah sebuah blog SEO, sebaliknya ia lebih kepada blog personal. Namun begitu tajuk-tajuk entry dalam blog ini memang sengaja Belalang gabungkan dengan beberapa keyword supaya dapat juga pembaca dari search engine :) Ok, jom tengok print screen keyword bulan sudah yang melekat di blog ini- Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas Sebahagian besar mereka yang singgah ke blog ini mencari sesuatu yang berkaitan dengan kedai tebus rebat RM200 . Entry ini ada Belalang kongsikan pada post sebelum ini ==> Susahnya Nak Tebus Rebat ...

Mana Bloglist?

Imej
Salam Jumaat kepada semua pembaca. Bagaimana dengan hari anda? Area Belalang tak kala ini guruh sedang berdentam-dentum. Itu tandanya hari nak salji hujan. Belalang nak kongsikan sedikit mengenai 'kepelikan' yang Belalang rasa ketika melawat ke beberapa blog. Al-maklumlah semenjak 'urat rajin' Belalang ni sembuh, diri ni kerja nak blagwalking sahaja. Hahaha... Rata-rata blog yang Belalang singgah adalah blog baru. Meriah dunia blog Malaysia sekarang ni kan. Blog-blog tumbuh macam lepas hujan. Kebanyakkan blog dihias dengan cantik dan mengikut citarasa tuan blog. Meriah sakan sesetengah blog tu. Biarkan sajalah. Blog dia, suka hati dia lah nak hias macam mana pun. Berat ke ringan Belakang kira, janji tuan blog suka macam tu ;) Cuma apa yang Belalang perasan, blog-blog baru ini kebanyakkannya tiada bloglist. Tak pasti pula mengapa tidak pasang. Sama ada kedekut backlink, tak tahu fungsi bloglist atau memang sengaja tidak mahu pasang. Bloglist blog EncikBell ...

Kerajaan + Pembangkang vs Pihak Ketiga = Berjaya?

Imej
Baru-baru ini Belalang ada melihat satu video tentang kekecohan penyokong parti antara pembangkang dan kerajaan yang berlaku di tapak ceramah sekitar Gombak di siri Jelajah Merdeka Rakyat . Akhbar-akhbar juga ada melaporkan hal ini kerana ia membabitkan kecederaan beberapa penyokong kedua-dua parti. Kalau yang tak tahu tu, sila-sila Google dan cari sendiri ya. Belalang bukan nak sentuh secara mendalam tentang hal itu. Hanya mengambil ia sebagai contoh. Sebenarnya kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku. Selepas PRU-12 yang mana dinamakan 'Tsunami Politik Malaysia' , dah lebih empat tahun kita saban hari mendengar atau melihat sesuatu yang tidak enak tentang parti-parti politik di negara ini. Biasanya penyokong tegar sesuatu parti ini tidak akan sesekali melihat atau mahu mendengar tentang kelemahan atau kesalahan parti yang juangkan, kerja nak tunding jari pada pihak satu lagi saja. Begitu juga dengan pihak sana, dia pun tunding jari pada pihak yang tunding ...

Video Inilah Yang Membangkitkan Kemarahan Umat Islam Di Libya & Seluruh Dunia

Imej
Baru-baru ini meletup-letup di akhbar-akhbar dan dunia internet mengenai kematian Duta Amerika Syarikat dan beberapa lagi rakyat negara itu dalam protes yang berlaku di negara Libya. Sebabnya adalah kerana penghasilan sebuah Filem. Filem yang memburukkan Nabi Muhammad dan agama Islam. Video yang berdurasi hampir 15 minit ini ada dimuat naik ke Youtube dan bilangan mereka yang menonton video ini telah melebihi 100,000. Youtube hari ini telah menyatakan yang mereka tidak akan memadam video tersebut kerana kandungan video itu tidak melanggar polisi yang ditetapkan oleh mereka. Bagi yang belum menonton, Belalang sarankan tak payahlah anda mencari video itu. Anggap sahaja mereka yang menghina Islam ini adalah terdiri dari mereka yang tidak memahami sepenuhnya agama Islam (memang tak faham pun). Daripada memaki hamun mencarutkan pembikin filem dan pelakon ini, lebih baik kita berdoa semoga pintu hati mereka terbuka untuk menerima Islam satu hari ini. Satu lagi Belalang pesan, tak p...

Kepala Keras Seperti Batu

Imej
Kelmarin betul-betul di hadapan kedai Belalang, sebuah motosikal yang dinaiki oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil (duduk di tengah-tengah) telah ditahan oleh polis trafik yang kebetulan berada di situ. Gambar cilok dari Google Kesalahannya adalah tak pakai helmet. Kedua-dua mereka tak pakai. Apa yang 'bestnya' mereka berdua bawa helmet tapi sengaja tak pakai. Belalang menyaksikan peristiwa itu dari mula mereka ditahan hinggalah polis tersebut melepaskan mereka. Nasib baik mereka hanya diberi amaran. Kalau tidak tak pasal-pasal raya-raya macam ni duit melayang nak bayar saman. Sudah la duit sebelum itu banyak dikeluarkan untuk beri duit raya. Hehehe... Nasihat Belalang kepada mereka yang gemar sangat tunggang motor tanpa helmet, maut datang tak memilih tempat dan lokasi ye. Kadang-kadang keluar hanya nak beli kicap pun boleh ditimpa kemalangan tau. Jadi jagalah keselamatan. Hati-hati ketika memandu :) Terima kasih kerana membaca...

Penamat Cerita Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Masih ingatkah anda dengan gambar di atas ini? Belalang pernah menulis satu entry berkaitan denga berita dan gambar di atas ini. Kepada yang belum membaca, sila rujuk kembali entry itu dengan klik tajuk ini, Pukul Orang Jahat Tak Salah! Belalang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga pembaca yang sudi meninggalkan komen dan pendapat dalam entry itu. Walau pendapat kita berbeza, namun Belalang menerima pendapat-pendapat itu. Sekurang-kurangnya ia membuatkan Belalang berfikir apa yang Belalang tak terfikir sebelum ini. Terpanggilnya Belalang untuk kongsikan lagi cerita mengenai hal kecurian itu kerana satu komen yang Belalang terima di blog SBT. Komen yang membuatkan Belalang teringat kembali pada entry Belalang yang lepas itu. Klik untuk besarkan gambar Seorang pembaca telah meninggalkan komen yang berbunyi begini- mei16....aku dpt berita drp kwn aku mgatakn budak yg pecah tabung masjid ni dah meninggal dunia krn kecederaan teruk di bhagian kepala dan ...

Pukul Orang Jahat Tak Salah!

Imej
  Hebat! itulah ayat pertama yang lintas di kepala Belalang bila kali pertama melihat dan membaca berita ini. Orang Ramai Belasah pencuri ni sampai patah rahang sebab nak curi duit tabung masjid. Nah, baca tentang hal tersebut di sini . Belalang malas nak cerita balik pasal hal tu, Belalang hanya nak beri pendapat. Orang kita sekarang semuanya hebat-hebat. Maklumlah kerana ada kata-kata yang mengatakan 'Rakyat Hakim Negara', maka ramailah orang yang menjatuhkan hukuman pada orang lain hanya dengan ikut kepala dia saja. Macam kejadian kat atas tu, tak payah dah nak panggil-panggil polis, terus jatuh hukum pada waktu itu, belasah saja beramai-ramai! Siapa yang tak marah kalau orang buat jahat, betul tak? Dah pasti yang memukul pencuri tersebut sampai setengah mati adalah orang melayu yang dah tentu beragama Islam. Nah, orang luar cop Islam sebagai agama ganas lagi lepas ni. Ah! pedulikan itu semua. Yang pasti orang yang buat jahat patut diajar macam tu. Orang yang pukul ...

Mencari Rezeki Halal

Imej
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Baru-baru ini Belalang terperasan di jalan yang sering Belalang lalui untuk ke kedai Belalang sudah ada orang yang berniaga goreng pisang. Sebenarnya tiada apa sangat yang menarik perhatian Belalang untuk mengambil gambar kedai goreng pisang tersebut. Hinggalah Belalang terperasan sesuatu yang rasanya menarik untuk dikongsikan bersama pembaca. Gambar setelah di zoom Lihat, anak kecil bukan halangan atau alasan untuk wanita ini mencari duit bagi menyara keluarga. Walaupun dengan cuaca yang panas dan tak menentu sekarang ini, dia sanggup redahi bersama anak-anaknya. Buaian didirikan untuk si kecilnya tidur. Belalang sememangnya kagum dengan semangat wanita ini. Kagum kerana dia tidak menggemis meminta ehsan orang. Bukan hanya tadah tangan mengharap pemberian daripada orang ramai. sebaliknya dia berusaha sendiri dengan tulang empat kerat mencari rezeki yang halal. Semoga keluarga ini dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana memba...

Gelap Lagi?

Imej
Semenjak kebelakangan ni kerap pula rasanya Kulim mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Walaupun bukan semua kawasan, namun tetap sering berlaku. Mungkin TNB nak biasakan kembali orang Kulim supaya hidup seperti orang tua dulu-dulu. Kehidupan yang hanya diterangi oleh cahaya pelita minyak tanah :P Kelmarin dari pukul 8 malam hingga 9:30 malam bekalan elektrik terputus. Keadaan di McDonald's Kulim sewaktu tiada elektrik Kasihan McDonald's Kulim . Masuk kali ni sudah dua kali mereka bergelap untuk beberapa ketika. Bayangkan jika sebulan 2 atau 3 kali jadi macam ni, mau angin satu badan juga tokey McD. Jika tak silap, Giant Kulim (Kulim Landmark) juga pernah bergelap beberapa ketika akibat masalah yang sama. Harapnya selepas ini TNB Kulim dapat mengurangkan masalah ini. Walau hanya sejam, kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga tetap dirasakan. Terima kasih kerana membaca...

Nak Cari Makan Ke Cari Nahas?

Imej
Berhampiran dengan premis perniagaan Belalang ni, terdapat gerai-gerai kecil milik peniaga melayu. Tapak perniagaan mereka ini sememangnya mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran (MPK) dengan bayaran tertentu untuk setiap hari. Apa yang Belalang nak kongsikan disini adalah perihal satu gerai yang menjual ayam goreng di sini. Perhatikan kedudukan tempat memasak gerai ini. Nampak tak? begitu hampir dengan kabel elektrik! Rasanya kalau Karam Singh Walia datang sini pun, dia akan tegur hal ini. Buatnya api dapur sambar kabel tersebut, boleh menyebabkan ada yang cedera juga rasanya. Sebelum ada perkara buruk berlaku, perlu rasanya ada tindakan samada dari pemilik kedai atau pihak majlis MPK untuk mengubah ke lokasi baru yang lebih selamat. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Terima kasih kerana membaca

Kejutan Budaya?

Kebelakangan ini jika singgah ke mana-mana blog, banyak kisah tentang 'kejutan budaya' yang mungkin menimpa beberapa pelajar kita yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ala, macam beberapa keping gambar yang tersebar di internet baru-baru ni. Dari bertudung, terus tudung hilang, dari elok-elok sebagai lelaki sejati, terus bertukar jadi 'auww' siap kahwin sejenis lagi. Apa itu kejutan budaya? Jika rujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu , huraiannya seperti di bawah ini. Belalang copy bulat-bulat tanpa edit dan menokok tambah (yang sebenarnya malas nak taip sendiri)- Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tida...