Jumaat, 7 Disember 2012

Kerajaan + Pembangkang vs Pihak Ketiga = Berjaya?

Baru-baru ini Belalang ada melihat satu video tentang kekecohan penyokong parti antara pembangkang dan kerajaan yang berlaku di tapak ceramah sekitar Gombak di siri Jelajah Merdeka Rakyat. Akhbar-akhbar juga ada melaporkan hal ini kerana ia membabitkan kecederaan beberapa penyokong kedua-dua parti.


Kalau yang tak tahu tu, sila-sila Google dan cari sendiri ya. Belalang bukan nak sentuh secara mendalam tentang hal itu. Hanya mengambil ia sebagai contoh. Sebenarnya kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku. Selepas PRU-12 yang mana dinamakan 'Tsunami Politik Malaysia', dah lebih empat tahun kita saban hari mendengar atau melihat sesuatu yang tidak enak tentang parti-parti politik di negara ini.

Biasanya penyokong tegar sesuatu parti ini tidak akan sesekali melihat atau mahu mendengar tentang kelemahan atau kesalahan parti yang juangkan, kerja nak tunding jari pada pihak satu lagi saja. Begitu juga dengan pihak sana, dia pun tunding jari pada pihak yang tunding dia ini. Last-last perbalahan menjadi semakin teruk dengan masing-masing kerja salahkan orang lain.

Aduh, termelalut jauh dah Belalang ni. Sebenarnya Belalang bukan nak cerita tentang mana-mana parti politik atau sifat-sifat penyokong parti-parti tersebut. Point Belalang sebenarnya yang di bawah ini.

Benarkah kekecohan yang berlaku itu kerana sifat penyokong mereka sendiri atau sebenarnya ada pihak ketiga yang cuba melaga-lagakan parti-parti ini?

Belalang sering terfikir begitu kerana ia memang tidak mustahil ada pihak lain yang tidak suka melihat negara kita yang berbilang kaum ini hidup dalam harmoni. Lantas pihak ketiga ini mengambil kesempatan atas ke tidak stabilan politik kita dengan melaga-lagakan dua parti terbesar ini.

Adakah anda juga pernah terfikir begitu?

Dah-dah... Belalang tak nak tulis panjang-panjang lagi. Nak pergi Tesco beli barang dapur kejap. Semoga apa yang Belalang katakan ini dapat anda semua renungi kerana ianya memang tak mustahil.

Akhir kata tak perlulah kita benci-membenci satu sama lain hanya kerana kita berbeza fahaman politik ;)

Terima kasih kerana membaca...

8 ulasan:

  1. nak pi serang2 buat apa..sampai masa mengundi nanti pangkah ja mana yang nak..habis cerita..

    BalasPadam
  2. tu r bro..cam tak dak tamadun jew..politik2 jgk..tak bolehka berpolitik cara brtamadun skit..n toksah nak tunding2 jari..kempen je da~ni smpai gaduh2 g adus2

    BalasPadam
  3. Aku pun ada terpikir juga belalang ada pihak ketiga..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...x tahu nak komen apa ni...;)

    BalasPadam
  5. pening kepala dgn senario politik negara sekarang

    BalasPadam
  6. mesti ada batu api kt tempat2 cmtu laa...

    BalasPadam
  7. ehem mama pun dah lama memikirkannya..memang ada pihak2 yg cuba memecah belahkan org2 kita !!..sepatutnya walaupun kita berbeza fahaman politik,kita patut bersatu utk negara kita malaysia..rasanya ramai yg sedang ketawa melihat org kita berpecah belah !!..hu2..

    BalasPadam
  8. betul...remy pun ada rasa macamtu...... ada dalang yg cuba memecahkan belahkan politik di malaysia...... cuba kita renung... yg bergaduh tu , yg fanatik tu siapa?
    tetap org melayu..... bangsa lain diam jer..... sebab depa boleh menangguk di air keroh nanti......
    tapi nie padangan remy ler.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik