Jumaat, 24 Ogos 2012

Kepala Keras Seperti Batu

Kelmarin betul-betul di hadapan kedai Belalang, sebuah motosikal yang dinaiki oleh sepasang suami isteri dan seorang anak kecil (duduk di tengah-tengah) telah ditahan oleh polis trafik yang kebetulan berada di situ.

Gambar cilok dari Google

Kesalahannya adalah tak pakai helmet. Kedua-dua mereka tak pakai. Apa yang 'bestnya' mereka berdua bawa helmet tapi sengaja tak pakai. Belalang menyaksikan peristiwa itu dari mula mereka ditahan hinggalah polis tersebut melepaskan mereka.

Nasib baik mereka hanya diberi amaran. Kalau tidak tak pasal-pasal raya-raya macam ni duit melayang nak bayar saman. Sudah la duit sebelum itu banyak dikeluarkan untuk beri duit raya. Hehehe...

Nasihat Belalang kepada mereka yang gemar sangat tunggang motor tanpa helmet, maut datang tak memilih tempat dan lokasi ye. Kadang-kadang keluar hanya nak beli kicap pun boleh ditimpa kemalangan tau.

Jadi jagalah keselamatan. Hati-hati ketika memandu :)

Terima kasih kerana membaca...

2 ulasan:

  1. Ramai yg ambil mudah tentang ni...bila dah tengadah baru menyesal, sudah tak berguna lagi!

    BalasPadam
  2. ehem..ada juga org yg tak suka pakai helmet..mujur tak kena saman.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik