Isnin, 1 Februari 2016

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang. Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang.

Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga.

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang
Taman Rimba Telok Bahang

Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu.

Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai).

Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu.

Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebelum program mandi-manda.

Pada perhatian Belalang, kawasan ini telah dijaga dengan elok oleh petugas taman ini. sampah-sampah juga tidaklah ditemui dimerata-rata tempat.

Boleh dikatakan kebanyakkan keluarga yang datang berkunjung kesitu mengambil sikap menjaga alam sekitar dengan tidak membuang sampah sesuka hati.

Kemudahan awam yang disediakan seperti tandas awam juga tahap kebersihan dan keselesaannya juga berada pada tahap memuaskan.

Selain daripada mandi-manda, aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah berkhemah dan 'jungle tracking'.

Belalang berkemas-kemas untuk pulang ketika jam memasuki pukul 7 petang.

sepanjang perjalanan pulang Belalang Jr. tak henti-henti ceritakan yang ia seronok sangat dapat mandi-manda di situ dan mengharapkan Belalang akan membawanya lagi ke sana.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan bercadang ingin beriadah bersama keluarga di sini, Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut -->> Taman Rimba Telok Bahang (Klik)

Terima kasih kerana membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik