Selasa, 8 Mei 2012

Pukul Orang Jahat Tak Salah!

 
Hebat! itulah ayat pertama yang lintas di kepala Belalang bila kali pertama melihat dan membaca berita ini. Orang Ramai Belasah pencuri ni sampai patah rahang sebab nak curi duit tabung masjid. Nah, baca tentang hal tersebut di sini.

Belalang malas nak cerita balik pasal hal tu, Belalang hanya nak beri pendapat. Orang kita sekarang semuanya hebat-hebat. Maklumlah kerana ada kata-kata yang mengatakan 'Rakyat Hakim Negara', maka ramailah orang yang menjatuhkan hukuman pada orang lain hanya dengan ikut kepala dia saja.

Macam kejadian kat atas tu, tak payah dah nak panggil-panggil polis, terus jatuh hukum pada waktu itu, belasah saja beramai-ramai! Siapa yang tak marah kalau orang buat jahat, betul tak?

Dah pasti yang memukul pencuri tersebut sampai setengah mati adalah orang melayu yang dah tentu beragama Islam. Nah, orang luar cop Islam sebagai agama ganas lagi lepas ni.

Ah! pedulikan itu semua. Yang pasti orang yang buat jahat patut diajar macam tu. Orang yang pukul orang jahat tak salah. Pukul sampai mati pun tak apa, dosa si pencuri punya, pahala dapat pada orang yang pukul.

Betulkah macam tu caranya?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Perlukah kekerasan dilawan kekerasan sedangkan api yang marak tu pun lawanya ialah air bukan sama jenis dengannya iaitu api.

Akhir kata dari Belalang, fikir sebelum bertindak. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati...

Terima kasih kerana membaca...

7 ulasan:

  1. perghhh belasah tak hinggat ... setakat tampar-tampar sayang tu udah ler...pepehalpun kita tak tau apa yg sebenarnya terjadi ...

    BalasPadam
  2. Hurmm..bg mak plak, mmg patut pun 'diajar' dulu. Kendian, baru panggil pulis

    Tp jgn la smpi lembik, sampai kiok. Jentik 100x sorang ke, sekeh kepala lutuh smpi bengkok ker..baru dia rasa.

    Amacam denda tu?? Okey ker..

    BalasPadam
  3. akak dulu pernah buat entry gini..tapi ramai yang kata memang patut dia dibelasah..
    pelik kan ..??kalau buat undian mesti orang melayu setuju orang jahat patut dihukum oleh rakyat..bukan undang2..
    tapi bila kita kata orang melayu ganas dan suka bergaduh kita marah...
    hakikatnya..
    orang melayu sama macam watak2 dalam filem tamil.semua nak jadi hero.

    BalasPadam
  4. assalam belalang..lain org lain pendapat & pandangannya..hu2x..mama kadang2 marah dgn org2 yg malas bekerja & sanggup mencuri dlm rumah Allah hanya utk mendptkan wang dgn cara yg mudah..mereka tidak takut dgn Allah & mama rasa sedih dgn perbuatan mereka, org2 melayu yg berugama islam..begitu juga yg jadi kat masjid perumahan mama..dah 3x wang masjid dicuri !!..hu2x..en.papa ajk kat masjid tu..

    BalasPadam
  5. amarah memandu akal.
    nafsu mengawal emosi.
    hilang pertimbangan dalam tingkahlaku

    BalasPadam
  6. geram pon ada..kesian pon ada

    BalasPadam
  7. whoaaa !! yg mncurik tu pn x pakai akai la..yg membelasah tu ganas gile la..dua dua menakutkan !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik