Jumaat, 17 Februari 2012

Mencari Rezeki Halal

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Baru-baru ini Belalang terperasan di jalan yang sering Belalang lalui untuk ke kedai Belalang sudah ada orang yang berniaga goreng pisang.





Sebenarnya tiada apa sangat yang menarik perhatian Belalang untuk mengambil gambar kedai goreng pisang tersebut. Hinggalah Belalang terperasan sesuatu yang rasanya menarik untuk dikongsikan bersama pembaca.








Gambar setelah di zoom


Lihat, anak kecil bukan halangan atau alasan untuk wanita ini mencari duit bagi menyara keluarga. Walaupun dengan cuaca yang panas dan tak menentu sekarang ini, dia sanggup redahi bersama anak-anaknya. Buaian didirikan untuk si kecilnya tidur.

Belalang sememangnya kagum dengan semangat wanita ini. Kagum kerana dia tidak menggemis meminta ehsan orang. Bukan hanya tadah tangan mengharap pemberian daripada orang ramai. sebaliknya dia berusaha sendiri dengan tulang empat kerat mencari rezeki yang halal.

Semoga keluarga ini dimurahkan rezeki.

Terima kasih kerana membaca...

13 ulasan:

  1. terima kasih juga belalang. berkongsi cerita..

    ibu yang tabah dan ikhlas menyara demi membesarkan anak-anak.
    semoga besar pahalanya di sisi Allah.

    dan semoga anak-anak bila besar kelak, menghargai dan membalas segala pengorbanan si ibu.

    BalasPadam
  2. kesian gak tgk kan ..asalkan halal..itu yg penting

    BalasPadam
  3. ehem..sayu melihat ketabahan wanita ini utk menyara kehidupan, demi rezeki yg halal..semuga usahanya dipermudahkan olh Allah..

    BalasPadam
  4. wahhhh touchingnya... yang penting keje ni halal...

    BalasPadam
  5. rezeki yg halal tanpa meminta2...mmg ikhlas..

    BalasPadam
  6. kesiannya dia. besarnya pengorbanan seorang ibu nak menyara hidup anak2.

    BalasPadam
  7. yang penting usaha tu ada...

    BalasPadam
  8. ibu sanggup berkorban apa saja utk anak2! semoga pengorbanan ibu ini dihargai anak2nya suatu hari nanti...

    BalasPadam
  9. Salam buat sahabatku...bila melihat begini terasa diri kerdil kerana aku tahu aku tak mampu nak melakukannya sampai ke tahap begitu...namun itulah petunjuk Allah betapa seorang itu menggalas tanggung jawab mencari rezeki pastinya untuk anak2nya..harap anak2nya akan mengingati perkara ini bila berjaya kelak!
    (singgah di sini pula)

    BalasPadam
  10. demi anak2.. kesian si kecik tu.. alhamdulillah sekurang2nya mereka mencari rezeki yg halal

    BalasPadam
  11. Sumber yang halal utk keluarga. Patut dicontohi dan dipuji.

    BalasPadam
  12. perkongsian menarik belalang..sayu hati akak.syukur dgn keadaan diri skrg.akak tak perlu susah mcm tu.moga kita kenang org yg lbh susah dr kita kan?kesian dia.tp dia sgt gigih berusaha.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.....

    Lebih mulia sebegini daripada mengambil hak atau harta orang lain.

    Walaupun ikut undang2 nak berniaga tepi jalan memerlukan lesen dari majlis daerah atau bandaraya, namun "kebiasaannya" dalam daerah2 tertentu, jika ada peniaga seperti pada gambar di atas, pihak berkuasa tempatan akan bertolak ansur... lebih2 lagi jika kawasan kampung...

    Ada sebilangan insan yang telah berjaya pada masa kini, dahulunya bermula dengan berniaga kecil-kecilan di warung atau gerai tepi jalan. Berkat usaha, doa dan istiqamah, mereka kini berjaya menjadi usahawan yang terbilang.

    Secara peribadinya saya lebih suka melakukan kerja sebegini berbanding dengan menjadi juru jual yang terpaksa merayau ke hulu ke hilir dan kadang kala jadi kebencian orang kerana kehadiran mereka dianngap sebagai gangguan.

    Bak kata Chef Li (penulis buku best seller "Menjejaki Jutawan Senyap"), "biar kecil asalkan berhasil daripada besar akhirnya bubar...."

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik