Gelap Lagi?

Semenjak kebelakangan ni kerap pula rasanya Kulim mengalami masalah terputus bekalan elektrik. Walaupun bukan semua kawasan, namun tetap sering berlaku.

Mungkin TNB nak biasakan kembali orang Kulim supaya hidup seperti orang tua dulu-dulu. Kehidupan yang hanya diterangi oleh cahaya pelita minyak tanah :P

Kelmarin dari pukul 8 malam hingga 9:30 malam bekalan elektrik terputus.







Keadaan di McDonald's Kulim sewaktu tiada elektrik

Kasihan McDonald's Kulim. Masuk kali ni sudah dua kali mereka bergelap untuk beberapa ketika. Bayangkan jika sebulan 2 atau 3 kali jadi macam ni, mau angin satu badan juga tokey McD.

Jika tak silap, Giant Kulim (Kulim Landmark) juga pernah bergelap beberapa ketika akibat masalah yang sama.

Harapnya selepas ini TNB Kulim dapat mengurangkan masalah ini. Walau hanya sejam, kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga tetap dirasakan.

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. salam encik bell..haha.suka lak nak pggl bell. ermm duk kulim ke?naper tak ckp.akak kan gi kulim masa dpt penginapan 3 hari 2 mlm bln 7 hari tu. gi hotel seri malaysia. pernah gak mkn kat mekdi sana.so taulah keadaan dlm mekdi sana camner kan. awak gi mkn kat sana ke?atau cuma bandar kulim je bergelap tp umah awak terang.atau..awak sengaja jln2 kat luar sbb panas duk dlm umah yg tak berkipas tu?byk sgt soalannyer..haha.

    BalasPadam
  2. salam belalang..ehem memanglah angin satu badan kalau dlm sebulan tu dua tiga kali takde elektrik..he2x..nasib baik tak jadi hijau mcm warna en.bell tu.. :)

    BalasPadam
  3. @sis Diana-
    a ah... smlm takde kejap tu pun nyamuk dah buat party! hehe

    @sis LM-
    en.bell bunyinya comei sket kan (perasan) hahaha...
    klu sis perasan depan McD tu ada taman, umah kakak belalang kat situ. kiranya smlm tu dari rumah kakak,nmpk McD gelap terus snap pic... bila nak dtg kulim lagi? :)

    @Mama-
    Ello mama! klu jadi ijau nanti org igt hulk lak... hahaha

    BalasPadam
  4. zaman dah berubah.....kulim masih cenggini

    BalasPadam
  5. ohhhh dahhh lamanya tak balik kampunggg rinduuu nak jalan jalan area kulim huhuhu

    BalasPadam
  6. Peniaga kena standby generator utk bekap taim black out tu la bell

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Spoiler Filem Sheriff Narko Integriti | Siapa Hidup Siapa Mati?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar