Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peristiwa

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Imej
Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator. Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda. Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut. Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco. sebaliknya, pengguna tersebut ...

Penghuni Baru Kolam Encik Bell

Imej
Selepas Belalang dah berjaya menjernihkan kembali air kolam yang keruh sebelum ini, satu masalah baru dah timbul. Nak tahu apakah ia? Jawapannya adalah kurangnya ikan yang berenang-renang dalam kolam. Yelah, kalau tak silap Belalang dalam tu hanya ada 5 ekor ikan kap dan ikan guppy yang kecil-kecil tu. Tinggal dalam  kolam sebesar tu memanglah jarang nampak ikan berenang-renang. Selamat datang ke kolam Encik Belalang.. Hehehe Maka Belalang dan Mrs. Belalang pun menambah lagi 5 ekor ikan kap. Ambil yang kecil-kecil saja. Murah sikit :P Biarkan ikan dalam plastik dalam air kolam tu sekejap untuk dia sesuaikan suhu dengan tempat baru Semoga berbahagia di tempat baru mu ini... Nampak gayanya macam perlu ditambah lagi beberapa ekor ni. Nanti kalau ada rezeki lebih lagi, Belalang akan tambah lagi :) Terima kasih kerana membaca...

Perkhidmatan Tempahan Kad Kahwin

Imej
Akhirnya perniagaan Belalang telah pun mempunyai satu lagi perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan juga iaitu tempahan kad kahwin. Dulu sewaktu awal-awal menjalankan perniagaan kedai barangan pengantin ni, memang Belalang dah pernah sediakan perkhidmatan ini. Namun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, Belalang terpaksa berhenti seketika. Kini, Belalang rasa dah tiba waktu untuk kembali menjalankan perkhidmatan ini memandangkan maklum balas yang diterima sebelum ini sangat-sangat menggalakkan. Bagi pasangan yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan yang tinggal berhampiran dengan kawasan perniagaan Belalang iaitu Lunas, dijemput untuk datang dan melihat sendiri design-design kad kahwin yang disediakan. Lebih daripada 300++ design terkini yang boleh anda dan pasangan pilih. Malah, kualiti dan rekaannya dijamin sangat memuaskan! Untuk tempahan online, buat masa ini Belalang masih dalam proses setup. Nanti jika dah siap, akan Belalang war-warkan y...

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Imej
Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini. Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=! Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan...

Susahnya Nak Tebus Rebat RM200 Telefon Pintar

Imej
Gambar hiasan. Carian Google Belalang dan Mrs.Belalang antara ribuan remaja (remaja?) yang layak dan lulus dalam permohonan rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar . Sebelum ini Belalang juga pernah layak menerima BR1M bernilai RM500 pada tahun lepas. Dipendekkan sajalah cerita ini. Kepada mereka yang layak dan belum memohon, selepas sahaja lulus permohonan, anda perlu tebus rebat anda itu dalam masa sebulan atau sebelum tarikh luput yang dinyatakan. Kalau lepas pada tarikh luput, anda perlu menunggu hingga dua bulan sebelum memohon sekali lagi. Jadi sekiranya duit nak beli telefon belum cukup, Belalang nasihatkan tak payah susah-susah apply lagi. Tunggu sampai duit cukup lepas tu mohon. Ok, sekarang Belalang nak cerita mengenai pengalaman Belalang nak beli telefon dengan rebat tersebut. Di sekitar Kulim tempat yang boleh ditebus hanyalah di Landmark Kulim atau Giant Kulim. Mrs.Belalang beli sebuah telefon baru berharga RM399. Tolak rebet RM200 tinggal RM199. Tolak tr...

Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang 2012

Imej
Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013 dan tahun 2012 akan meninggalkan kita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pulau Pinang cukup sinonim dengan Pesta Pulau Pinang yang sering diadakan pada bulan Disember setiap tahun. Untuk tahun ini Belalang dah pergi kunjungi Pesta Pulau Pinang sewaktu awal pembukaannya. Biasanya pengunjung jarang datang waktu awal Pesta baru diadakan sebab barang-barang masih belum diberi harga istimewa. Kalau ada pun, mereka belum membuat belian secara besar-besaran. Ha, ni dah dekat-dekat nak habis Pesta, Belalang yakin tentu berpusu-pusu pengujung ke sana semata-mata mahu membeli barangan yang diingin dengan harga yang sangat rendah. Untuk tahun ini, dari kawan-kawan yang baru pulang dari sana, mereka mengatakan tikar buluh dijual murah dengan harga RM10. Manakala karpet yang jenis berbulu-bulu tu, sebelum ini dijual RM400, kini hanya tinggal RM100! Tikar buluh. Gambar carian Google Belalang yakin selain dari dua barang yang di...

Datang Lagi Selepas Itu

Imej
Bulan sudah Belalang hanya berjaya update satu entry pada blog ini. Oh my english betul. Tak pasti la apa yang jadi pada Belalang di 29 hari lagi pada bulan November tersebut. Tapi anda semua jangan risau kerana Belalang telah memasang tekad untuk menjaga blog ini sebaik mungkin selepas ini. Tak ku biarkan ia bersawang dan berhabuk lagi. Suka tak? suka tak? kalau suka sila buat lompat bintang sebanyak 5 kali.... Bagus, sememangnya anda semua betul-betul mendengar arahan... Hahaha Sebelum itu Belalang nak ucapkan terima kasih pada yang sudi dan telah wish birthday Belalang yang ke _______ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai) di FB pada 30 November yang lalu. Belalang hargai semua ucapan kawan-kawan. Sebenarnya Belalang baru sahaja berjaya menghabiskan "Kursus Pemasaran Melalui Media Baru / Social Media" anjuran MARA negeri Kedah di Kulim Inn. Kursus ini telah bermula pada 3 Dis hingga 6 Dis, tengahari tadi. Apa yang boleh Belalang simpulkan, terlalu ba...

Aku, Blog & Laptop

Imej
Dah macam tajuk cerpen pula tajuk entry ni. Tapi malangnya Belalang bukanlah seorang yang pandai mengolah cerita dengan kata-kata yang memikat seperti blogger Rainbow Cloudy . Tak percaya? sila-sila baca setiap entrynya, nescaya akan terpikat ;) Agak lama Belalang menyepi dari update sebarang kisah di blog ini. Blog SBT Belalang juga dah bersawang semenjak dua menjak ini. Seperti biasa bila dah lama hilang tu, tentulah banyak kisah yang terjadi yang nak dikongsikan. Antaranya ialah hujung bulan sudah, Belalang sekeluarga telah diserang demam dan selsema. Tapi ia bukan berlaku serentak kepada kami sekeluarga. Bermula dengan Belalang yang suhu badan naik mendadak, hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada pukul 1 pagi. Selepas itu berselang beberapa hari giliran Belalang Jr. pula dibawa ke bahagian kecemasan berikutan penat atau asmanya yang menjadi. Nasib tak kena tahan wad. Akhir sekali ialah baby baru kami iaitu Belalang Jr.II terpaksa dibawa ke hospital akibat demam...

Penampakkan Makhluk Halus Di Tesco Kulim

Imej
Tesco Kulim banyak sangat makhluk halus. Ya, Belalang tak tipu. Belalang sendiri dah berjaya melihat dan merakam gambar makhluk-makhluk halus yang berkeliaran dalam pasaraya Tesco Kulim tersebut. Sebelum ini Belalang hanya mendengar kisah ini dari mulut sahabat-sahabat Belalang. Belalang sendiri masih belum pernah melihat dan menyaksikannya sendiri. Namun pada suatau hari yang indah beserta yang angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, Belalang telah berjaya menyaksikan makhluk gerombolan makhluk halus tersebut. Tak mahu melepaskan dengan apa yang Belalang lihat ini, dengan segeranya Belalang merakam objek-objek ini. Lagipun rakaman ini sebagai bukti yang Belalang bukan hanya bercakap kosong. Tengok gambar-gambar di bawah ini-  Perhatikan betul-betul pada lantai-lantai itu. Begitu banyak makhluk halus. Tak nampak?   Itu beberapa lagi makhluk-makhluk halus. Tak nampak juga? di bawah ini lagi jelas - - - - - Itulah dia makhluk-makhluk halus yang Belalang cakapkan...

Parlimen Esok Dah Nak Bubar | Nak PRU13 Dah Ke?

Imej
Dalam perjalanan balik ke Baling kelmarin, Belalang lihat begitu banyak bendera parti politik di kiri kanan jalan. Boleh dikatakan sepanjang jalan hingga sampai ke rumah berceracak bendera kiri kanan jalan. Jadi dalam perjalanan untuk kembali ke Kulim, Belalang telah menangkap beberapa kepingg gambar untuk tatapan pembaca blog ini. Apa pendapat anda? seolah-olah esok dah dekat sangat nak pilihanraya. Semangat betul orang-orang Baling ni nak menunaikan tanggungjawab kepada negara. Harapnya hari mengundi nanti, peratusan yang keluar mengundi adalah tinggi. Jangan hanya setakat semangat gantung bendera sahaja tapi benda yang paling penting iaitu mengundi tidak pula dibuat :) Terima kasih kerana membaca...

Malang Berbau Asap Lori

Imej
Malang berbau asap lori. Ya, itulah yang telah berlaku ke atas Belalang. Itu la orang selalu cakap. Benda kalau nak jadi, pusinglah macam mana pun ia tetap akan jadi. Dalam kes Belalang ni, siapalah yang nak sangka kereta yang elok-elok ada dalam laman rumah sendiri telah dilanggar belakang oleh sebuah lori. Sungguh luar biasa. Cis! - - - - - - - - Kereta Evo 5.0 Belalang yang kemik akibat dilanggar lori yang mahu buat pusingan U Tengok tu, habis jahanam belakang kereta ku yang gebu itu di rempuh dek lori yang silap masuk jalan mahu hantar pasir. Kebetulan semasa kejadian berlaku, Belalang baru sahaja masuk ke bilik mandi nak siap-siap ke kedai. Baru sahaja nak cebok air, Mrs.Belalang jerit panggil cakap kereta kena langgar. Nasib baik yang memandu lori tersebut adalah pemilik lori itu sendiri, bukannya kuli kedai hardware tersebut. Melihat Mrs.Belalang yang dah start cakap tinggi-tinggi suara, tokey tu awal-awal lagi cakap dia akan bayar semua kos baik pulih. Tadi...

Peristiwa Sebenar Tentang 'Langit Nak Runtuh!'

Imej
Masih lagi bercerita tentang peristiwa hujan petang kelmarin. Sedang otak ini melayang sambil melihat titis-titis hujan, tiba-tiba Belalang terpandang aliran air yang sangat deras di kaki lima betul-betul depan Belalang. Hairan, mana datangnya air sebanyak ini? Nah, rupa-rupanya air yang maha dasyat itu datang dari atas kedai Belalang! - - - - - - -   Macam air terjun. Laju ya amat turun dari atas Mujur atas kedai sudah tiada penyewa. Kalau tidak, tak tahulah berapa nilai kerugian yang dihadapinya. Rupa-rupanya bukan Belalang saja menerima nasib ini, beberapa kedai lagi turut terkena musibah yang sama. Lebih malang ada yang berniaga di tingkat atas seperti kedai foto dan kedai produk kecantikkan turut dimasuki air. Kasihan betul. Melalui lubang di siling itulah air mengalir masuk Dalam masa yang sama di rumah kakak Belalang, tiba-tiba bunyi letupan yang kuat diikuti bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. Rupanya di bahagian tepi rumah telah dipanah petir sa...

Langit Nak Runtuh!

Imej
Gambar-gambar ini adalah pemandangan disekitar kedai Belalang petang kelmarin. Jarum jam belum pun menunjukkan angka 6 petang, namun cuaca yang gelap seakan-akan sudah lewat 8 malam. Petir dan guruh jangan cerita, hampir setiap saat paluan demi paluan. Hinggakan terasa macam nak tercabut jantung. Fenomena yang sudah lama tidak berlaku di sini. Hujan beserta ribut yang sangat kuat. Apakah ia membawa sesuatu petanda? Membaca berita hari ini, seorang pelajar maut dipanah petir . Manakala 4 termasuk seorang guru cedera disebabkan perkara yang sama. Waktu kejadian adalah sama masa ketika Belalang merakamkan gambar-gambar ini. Takziah Belalang ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempat bersama orang-orang yang soleh. Terima kasih kerana membaca...