Ahad, 30 Disember 2012

Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang 2012

Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013 dan tahun 2012 akan meninggalkan kita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pulau Pinang cukup sinonim dengan Pesta Pulau Pinang yang sering diadakan pada bulan Disember setiap tahun.


Untuk tahun ini Belalang dah pergi kunjungi Pesta Pulau Pinang sewaktu awal pembukaannya. Biasanya pengunjung jarang datang waktu awal Pesta baru diadakan sebab barang-barang masih belum diberi harga istimewa. Kalau ada pun, mereka belum membuat belian secara besar-besaran.

Ha, ni dah dekat-dekat nak habis Pesta, Belalang yakin tentu berpusu-pusu pengujung ke sana semata-mata mahu membeli barangan yang diingin dengan harga yang sangat rendah.

Untuk tahun ini, dari kawan-kawan yang baru pulang dari sana, mereka mengatakan tikar buluh dijual murah dengan harga RM10. Manakala karpet yang jenis berbulu-bulu tu, sebelum ini dijual RM400, kini hanya tinggal RM100!

Tikar buluh. Gambar carian Google

Belalang yakin selain dari dua barang yang disebut di atas itu, tentu masih ada beberapa barangan yang dijual murah.

Karpet bulu-bulu. Gambar carian Google

Jadi kepada mereka yang mahu berkunjung ke Pesta Pulau Pinang untuk hari-hari akhir ini, masih lagi sempat untuk anda membeli-belah di sana. Jadilah pembeli yang bijak berbelanja. Beli murah, duit pun jimat. Betul tak?

Terima kasih kerana membaca...

12 ulasan:

  1. Dah nak abis ke?..takdan nak pi tahun ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok last kalau x silap...sempat lagi, sempat lagi :)

      Padam
  2. uncle tak perasan langsung pesta pulau pinang tahun ni...kalau tak..tiap tahun uncle pi sana hahaha bawak anak bini..sajer jenjalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la... ramai org yg lupa pesta pulau pinang empat tahun kebelakangan ni. yela, sejak kerajaan pulau pinang bertukar tangan, xde dah la promosi kot radio tv ;)

      Padam
  3. thn ni x p sbb sibuk....

    show last thn ni .http://www.gilamodified.com/2012/12/autoshow-fiesta-muda-mudi-pelancongan.html

    BalasPadam
  4. aku juga yang xpernah2 pi pesta penang nih

    BalasPadam
  5. Amboi jauhnya P.Pinang! Memang tak dapek lerr nak pergi.


    P/s : betul ke nama saya sama dgn nama kawan blogger Encik Bell? Saya betul2 tak tau. Mungkin kebetulan kut?

    BalasPadam
  6. ehem..mama tak pernah lagi ke pesta P/Pinang ni..kebetulan waktu dtg Penang
    bukan bulan pesta tu.. ;)

    BalasPadam
  7. suami akak malas nak nak pi sana sebab jalan nak masuk tapak perta tu kerap sangt jem..kalau jem atas jambatan lagi haru..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik