Aku, Blog & Laptop

Dah macam tajuk cerpen pula tajuk entry ni. Tapi malangnya Belalang bukanlah seorang yang pandai mengolah cerita dengan kata-kata yang memikat seperti blogger Rainbow Cloudy. Tak percaya? sila-sila baca setiap entrynya, nescaya akan terpikat ;)

Agak lama Belalang menyepi dari update sebarang kisah di blog ini. Blog SBT Belalang juga dah bersawang semenjak dua menjak ini. Seperti biasa bila dah lama hilang tu, tentulah banyak kisah yang terjadi yang nak dikongsikan.

Antaranya ialah hujung bulan sudah, Belalang sekeluarga telah diserang demam dan selsema. Tapi ia bukan berlaku serentak kepada kami sekeluarga. Bermula dengan Belalang yang suhu badan naik mendadak, hingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan pada pukul 1 pagi.

Selepas itu berselang beberapa hari giliran Belalang Jr. pula dibawa ke bahagian kecemasan berikutan penat atau asmanya yang menjadi. Nasib tak kena tahan wad.


Akhir sekali ialah baby baru kami iaitu Belalang Jr.II terpaksa dibawa ke hospital akibat demam, batuk dan susah hendak bernafas. Maka bermalamlah Mrs.Belalang dan baby di wad kanak-kanak semalaman.

Boleh dikatakan setiap hari hampir seminggu Belalang berulang-alik ke hospital Kulim. Sampai ada doktor yang dan cam Belalang. Naik hairan dia lihat Belalang kejap bawa anak ini periksa, kejap-kejap anak sorang lagi pula.

Mujurlah Mrs.Belalang tak berjangkit sakit seperti kami bertiga. Kalau tidak susah juga jika masing-masing tidak sihat dan tiada siapa nak tengok-tengokkan. Alhamdulillah sampai hari ini, kesihatan baby dah ok.

Akhir sekali kisah pasal laptop yang hampir sampai penghujung hayatnya (rasanya). Skrin laptop ni kejap ok kejap ko. Kejap menyala kejap tidak. Habis semua kerja sangkut sampai berabuk blog.

Nampaknya dah nak kena mula menabung untuk cari laptop baru rasanya. Sabar jela...

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. assalam belalang..tadi mama baru blk dr majlis cci.. ;)
    kalau belalang ada mesti meriah !!..
    ehem cuaca skrg tak menentu..sbb tu ramai yg sakit..mama pulak jarang keluar rumah sbb takut kena penyakit..sbb antibodi mama kata doktor dah tak kuat..hu2x..mama lain pulak citernya..line tenet mama asyik takde je bila hujan..hu2x..rain tu kan memang jiwang sesangat !!.. :)

    BalasPadam
  2. Moga belalang sekeluarga sht2 saja lps ni ye.dugaan dr Allah tu

    BalasPadam
  3. dugaan dan cabaran ada hikmahnya. kita je tidak tahu kan? miga cepat sembuh
    laptop baru? penting kpd blogger utk ada komputer yg bagus. hejejej

    BalasPadam
  4. Syukur semuanya sihat...
    Sekarang ni kalau demam dan batuk memang teruk...

    BalasPadam
  5. nampaknye kta srupa bro...krole pon tngh kumpul duit nak beli lappy baru~

    BalasPadam
  6. singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

    BalasPadam
  7. syukurlah semua dah sihat...payah juga kalau satu family down kan

    BalasPadam

Catat Ulasan