Isnin, 16 April 2012

Malang Berbau Asap Lori

Malang berbau asap lori. Ya, itulah yang telah berlaku ke atas Belalang. Itu la orang selalu cakap. Benda kalau nak jadi, pusinglah macam mana pun ia tetap akan jadi.

Dalam kes Belalang ni, siapalah yang nak sangka kereta yang elok-elok ada dalam laman rumah sendiri telah dilanggar belakang oleh sebuah lori. Sungguh luar biasa. Cis!

-

-

-

-

-

-

-

-


Kereta Evo 5.0 Belalang yang kemik akibat dilanggar lori yang mahu buat pusingan U


Tengok tu, habis jahanam belakang kereta ku yang gebu itu di rempuh dek lori yang silap masuk jalan mahu hantar pasir.

Kebetulan semasa kejadian berlaku, Belalang baru sahaja masuk ke bilik mandi nak siap-siap ke kedai. Baru sahaja nak cebok air, Mrs.Belalang jerit panggil cakap kereta kena langgar.

Nasib baik yang memandu lori tersebut adalah pemilik lori itu sendiri, bukannya kuli kedai hardware tersebut. Melihat Mrs.Belalang yang dah start cakap tinggi-tinggi suara, tokey tu awal-awal lagi cakap dia akan bayar semua kos baik pulih.

Tadi pagi Belalang dah berhubung dengan tokey tersebut untuk bincang dengan lebih lanjut mahu hantar kedai mana dan waktunya. Namun disebabkan kekangan masa, Belalang aturkan hanya esok pagi baru Belalang luangkan masa di bengkel yang telah dijanjikan.

Nanti bila dah habis dibaiki, akan Belalang kongsikan lagi cerita ini.

Terima kasih kerana membaca

6 ulasan:

  1. sekali imbas Rain tak perasan, silau mungkin.

    kesalahan di pihak dia, makanya dengan itu ..., ongkosnya si lori yang bayar.

    mudah-mudahan semua lancar.

    BalasPadam
  2. assalam belalang..malang tak berbau kan?..hu2x..kat laman sendiri pun kena jugak !!..sabar ajalah kan..syukur alhamdulillah dia tanggung semua kos baik pulih..

    BalasPadam
  3. adus.. abis evo bro.. dah down gred jadi evo 1.5 hehehe

    lepas ini kena mandi air yassin untuk elak malang bau asap :)

    BalasPadam
  4. adehhhh ingatkan kat jalan je bahaya, rupanya tengah dok parking kat rumah sendiri pon kena.... siap ko pemandu lori, heheee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik