Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pulau pinang

Avatar Secret Garden, Pulau Pinang | Mesti Singgah Disini

Imej
Siapa sangka bertempat hanya di Pulau Pinang terdapatnya satu taman yang indah seperti dalam filem Avatar. Taman yang diberi nama Avatar Secret Garden ini sememangnya menjadi satu destinasi wajib terbaru yang perlu anda kunjungi sekiranya datang ke Pulau Pinang. Baru-baru ini Belalang berkesempatan membawa keluarga ke sini selepas melihat gambar-gambar Avatar Secret Garden ini yang viral di media sosial. Bertempat di Jalan Tokong Thai Pak Koong , lokasi taman ini agak tersorok dimana anda perlu melalui kawasan flat penduduk sekitar untuk sampai ke taman ini. Avatar Secret Garden Sewatu Belalang sampai ke sini sekitar pukul 9.30 malam, orang dah mulai sesak nak ke taman ni. Parking kereta diselia oleh persatuan penduduk disini rasanya. Sekali parking bayaran RM5. Dari parking kereta kami sekeluarga terpaksa berjalan lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke taman tersebut. Disini Belalang kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan...

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel...