Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel taman

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel...