Rabu, 3 Februari 2016

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam

Bagi yang tinggal di Kulim, Bukit Mertajam dan sekitar sini pasti tidak asing lagi dengan nama jalan Bukit Lengkok.

Jalan diantara Sungai Lembu dan Mengkuang ini mendapat nama tersebut disebabkan jalannya yang berbengkang-bengkok, sama seperti jalan lama untuk menaiki ke Cameron Highland.

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam
Gambar Hiasan. Carian Google


Jalan ini menjadi laluan alternatif penduduk setempat selain dari jalan utama Kulim-Bukit Mertajam.

Laluan ini juga sering digunakan oleh orang ramai untuk beriadah ke Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam), Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Berapit, Permatang Pauh dan Sungai Dua Butterworth selain daripada melalui Butterworth-Kulim ExpressWay (BKE).

selain daripada tidak begitu sesak, jalan ini menjadi pilihan kepada mereka yang sering kali ingin mengelak daripada sekatan jalan raya (road block) daripada anggota polis akibat cukai jalan tamat tempoh (expired road tax) dan lain-lain kesalahan jalan raya.

Laluan ini adalah jalan yang sering digunakan oleh Belalang setiap hari untuk ketempat kerja di Sungai Dua, Butterworth.

Sebenarnya sejak sekian lama, laluan ini sering dihiasi dengan kisah-kisah misteri.

Antara kisah-kisah yang pernah Belalang dengar adalah tentang sebuah gereja dan kubur-kubur lama yang terletak berhampiran jalan ini.

Misteri Jalan Bukit Lengkok | Kulim- Bukit Mertajam
Gereja Lama Yang Dikatakan Berhantu

Belalang tak begitu pasti berapa lama usia gereja dan kubur-kubur penganut katolik ini. Yang pasti usianya memang lama.

Menurut kata beberapa orang yang handal dalam perubatan tradisional, kawasan ini juga menjadi tempat orang membuang atau melepaskan makhluk-makhluk halus.

Ada juga kisah yang ada pemandu yang terserempak dengan kedai makan di jalan ini sedangkan bagi biasa dengan laluan ini pasti tahu disini bukan ada kedai makan melaikan hutan di kiri kanan jalan.

Belalang sendiri pernah beberapa kali mengalami situasi-situasi ganjil di sini seperti melalui selekoh yang sama beberapa kali berturut-turut. Dua kali Belalang pernah melalui situasi ini.

Apa yang Belalang perasan, hal ini berlaku apabila kita memandu sambil otak melayang (khayal) kepada perkara-perkara lain tanpa menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan.

Pernah juga disuatu senja Belalang terserempak dengan makhluk yang tak dapat Belalang pastikan apakah ia, terbang melalui jalan Bukit Lengkok.

Sekali imbas tengok nampak macam hantu-hantu dalam filem seram tempatan... Ngee :)

wartawan akhbar Sinar Harian juga pernah melalui situasi seram ketika melalui jalan Bukit Lengkok.

Pengalaman wartawan tersebut, kisah tentang gereja lama dan lain-lain tentang jalan Bukit Lengkok boleh anda baca di sini (klik).

Apa pun, bagi Belalang kisah di Bukit Lengkok tidak akan hilang ditelan waktu. Malah misteri tentang jalan ini akan terus diperkatakan dari masa ke semasa sampailah bila-bila.

Terima kasih kerana membaca...

4 ulasan:

  1. Samela dgn jalan lama nak ke cmron highlands.

    Seram sejuk kalau lalu sesorang waktu malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, bagi yang jarang2 lalu mmg terasa bila sekali sekala lalu sini.. hehe

      Padam
  2. Seronok layan corner tetapi lalu waktu malam mahu tegak bulu roma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu arwah member dulu layan corner sini. sekali lori datang dari depan x sempat elak..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik