Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan

Avatar Secret Garden, Pulau Pinang | Mesti Singgah Disini

Imej
Siapa sangka bertempat hanya di Pulau Pinang terdapatnya satu taman yang indah seperti dalam filem Avatar. Taman yang diberi nama Avatar Secret Garden ini sememangnya menjadi satu destinasi wajib terbaru yang perlu anda kunjungi sekiranya datang ke Pulau Pinang. Baru-baru ini Belalang berkesempatan membawa keluarga ke sini selepas melihat gambar-gambar Avatar Secret Garden ini yang viral di media sosial. Bertempat di Jalan Tokong Thai Pak Koong , lokasi taman ini agak tersorok dimana anda perlu melalui kawasan flat penduduk sekitar untuk sampai ke taman ini. Avatar Secret Garden Sewatu Belalang sampai ke sini sekitar pukul 9.30 malam, orang dah mulai sesak nak ke taman ni. Parking kereta diselia oleh persatuan penduduk disini rasanya. Sekali parking bayaran RM5. Dari parking kereta kami sekeluarga terpaksa berjalan lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke taman tersebut. Disini Belalang kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan...

Kidland Prangin Mall Pulau Pinang | Bermain Sambil Belajar

Imej
Pada Sabtu yang lepas Belalang sekeluarga telah berkesempatan untuk berkunjung ke Kidland di Prangin Mall Pulau Pinang . Apa yang boleh Belalang kongsikan tempat ini memang terbaik untuk anak-anak. Konsepnya penerapan pembelajaran di dalam suasana bermain yang menyeronokkan. Pada awalnya Belalang tak bercadang langsung untuk datang ke sini. Kebetulan seorang kenalan Belalang telah berikan sekeping voucher Kidland bernilai RM50. Alang-alang dah ada voucher ditangan, Belalang terus sahaja membawa keluarga ke sini. Lokasi Kidland adalah di Prangin Mall yang terletak di jalan Dr.Lim Chwee Leong, hanya bersebelahan dengan bangunan komtar. Terletak di aras 4 dan 5 bangunan tersebut, sebaik meletakkan kenderaan kami sekeluarga terus menaiki lift menuju ke kidland. Dari jauh anak-anak dah terlajak excited bila nampak patung Transformers dan beberapa lagi mainan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Kidland. Setiap kami mendaftar terlebih dahulu di hadapan pintu masuk da...

Berkelah Di Taman Rimba Telok Bahang Menyeronokkan

Imej
Kelmarin Belalang sekeluarga berkelah di Taman Rimba Telok Bahang, Pulau Pinang . Rancangan yang dibuat secara spontan saja oleh Mrs.Belalang. Kebetulan dua adik ipar Belalang ada di rumah. Jadi kiranya macam bawa mereka jalan-jalan la juga. Taman Rimba Telok Bahang Kami bertolak dari rumah di Kulim agak lewat, sekitar pukul 3 petang. Ini kerana hari Ahad adalah hari persekolahan biasa bagi negeri Kedah. Nak tak nak kena tunggu Belalang Jr. yang dah darjah satu pulang dahulu. Perjalanan yang biasanya memakan masa sekitar 1 jam sahaja dari Kulim, tetapi kelmarin berlanjutan hingga 2 jam baru kami tiba ke sana (kira-kira 5 petang baru sampai). Hal ini berlaku kerana kebanyakkan masyarakat cina di negeri ini keluar membeli persiapan bagi menyambut tahun baru cina yang akan tiba kurang daripada 1 minggu. Sesudah mengambil tempat dan siap menghidangkan makanan yang telah siap-siap dimasak oleh Mrs.Belalang di rumah terlebih dahulu, Kami pun mengisi perut terlebih dahulu sebel...

Taman Burung Kulim Dibuka Kembali!

Imej
Sekitar tahun 90-an dahulu di Kulim ada sebuah Taman Burung. Belalang masih ingat ketika itu Belalang masih bersekolah rendah. Waktu tu seronok sangat bila abah bawa jalan-jalan situ. Masa terus Berlalu dan Taman Burung Kulim hilang ditelan zaman. Pintu masuk ke Taman Burung Kulim Kini setelah sekian lama tempat ini dibiarkan kosong, Majlis Perbandaran Kulim (MPK) memutuskan untuk membuka kembali Taman Burung Kulim. Baru-baru ini Belalang mengambil peluang untuk melawat kembali tempat nostalgia waktu Belalang kecil-kecil ini. Kalau dahulu abah Belalang datang sini bawa Belalang dengan abang dan kakak, kini Belalang pula datang dengan membawa anak-anak Belalang. Sekarang ni baru Belalang sedar tak adalah besar mana pun taman burung ni. Tetapi waktu Belalang kecil-kecil dulu terasa macam besar sangat taman ni. Perasaan itu mungkin dirasai pula oleh Belalang Jr. dua orang ni. Masih belum siap sepenuhnya Taman Burung Kulim ini kerana Belalang perasan ada satu sangk...

Kedai Cantik + Makanan Sedap = Pakej Lengkap

Imej
Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan. Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja. Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan. Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat  warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (k...

Cuti-cuti Ke Port Dickson Tajaan Mama Aini

Imej
Lambat betul Belalang buat entry sambungan untuk tentang pergi ke KL hari tu. Part pertama tentang naik keret api dah habis. Kali ni Belalang nak sambung pengalan bermalam di rumah blogger Mama Aini . Sebenarnya dah lama Belalang dan Mrs.Belalang teringin nak berjumpa Mama Aini, sebabnya sebelum ini Mama ada jemput datang ke kenduri anaknya. Malangnya ketika itu kami tak berkelapangan untuk datang. Dalam perancangan juga Belalang, Mrs.Belalang, Mama dan Abah ingin melawat Makcik Belalang iaitu mak kepada blogger Mak Dara yang dikatakan kurang sihat ketika itu. Malangnya,sampai di sana kami dapat tahu yang Mak Dara sekeluarga telah pergi bercuti ke Hatyai. Tak apalah, tak ada rezeki nak buat macam manakan. Belalang, Mrs.Belalang dan adik ipar bermalam semalaman di rumah Mama Aini. Sampai-sampai sahaja kami ke rumah Mama, terus Mama ajak makan malam. Rupanya Mama dah ready masak nasi beriani untuk kami. Kami yang sememangnya lapar (pukul 11 malam time tu) terus makan dengan ra...

Hari-hari Akhir Pesta Pulau Pinang 2012

Imej
Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013 dan tahun 2012 akan meninggalkan kita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pulau Pinang cukup sinonim dengan Pesta Pulau Pinang yang sering diadakan pada bulan Disember setiap tahun. Untuk tahun ini Belalang dah pergi kunjungi Pesta Pulau Pinang sewaktu awal pembukaannya. Biasanya pengunjung jarang datang waktu awal Pesta baru diadakan sebab barang-barang masih belum diberi harga istimewa. Kalau ada pun, mereka belum membuat belian secara besar-besaran. Ha, ni dah dekat-dekat nak habis Pesta, Belalang yakin tentu berpusu-pusu pengujung ke sana semata-mata mahu membeli barangan yang diingin dengan harga yang sangat rendah. Untuk tahun ini, dari kawan-kawan yang baru pulang dari sana, mereka mengatakan tikar buluh dijual murah dengan harga RM10. Manakala karpet yang jenis berbulu-bulu tu, sebelum ini dijual RM400, kini hanya tinggal RM100! Tikar buluh. Gambar carian Google Belalang yakin selain dari dua barang yang di...

Hajat Nak Naik Kereta Api

Imej
"Nak naik Thomas! Nak naik Thomas!" Belalang Jr. ni sampai nangis-nangis teringin nak naik kereta api. Dia kalau nampak saja kereta api mesti jerit "Thomas!" . Thomas tu nama watak kartun kegemaran dia yang berbentuk kereta api warna biru. Entah macam mana, dalam masa yang singkat Belalang dan Mrs.Belalang terus tergerak nak bawa dia naik kereta api. Sayang anak punya pasal, turutkan ajalah :) Awalnya kami bercadang nak naik pergi ke Padang Besar. Tapi lepas bincang sekejap, kami buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Nak ziarah blogger Mama Norlara dan juga ibu kepada blogger Mak Dara yang juga makcik Belalang. Dipendekkan cerita, dalam masa sehari kami buat planning ini, terus beli tiket esoknya, dan lusa terus naik kereta api pukul 2:25 petang. Belalang Jr. Harga tiket kereta api bagi kelas dua, dewasa RM33. Manakala pesara dan warga emas pula dalam RM20 lebih. Selain daripada Belalang sekeluarga, turut sama dalam menjayakan misi penuhi impian B...