Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel belalang Jr.

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang telah dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang lumayan oleh-Nya. Amat rugi rasanya jika kita tidak memanfaatkan sebaik mungkin segala ganjaran yang dijanjikan pada bulan ini. Untuk puasa hari pertama ini, Belalang bekerja seperti biasa. Jika diikutkan negerri Kedah akan bercuti pada setiap kali puasa pertama. Tetapi memandangkan Belalang bekerja di kawasan yang berada di negeri Pulau Pinang, makanya tiadalah cuti pada hari ini. Puasa kali ini ada sesuatu yang istimewa pada Belalang. Manakan tidak, hari ini adalah hari pertama Belalang.Jr belajar berpuasa. Bermula dari sahur tadi, nampak dia begitu teruja untuk berpuasa. Harapnya hingga waktu berbuka nantilah Belalang.Jr mampu mengharunginya. Tetapi jika sebaliknya, Belalang tetap berbangga dengan semangat nak ber...

Jerebu | 5 Dan 6 Oktober Sekolah Seluruh Semenanjung Tutup Kecuali Kelantan

Imej
Melarat semakin teruk jerebu pada tahun ini. Seingat Belalang tahun-tahun sebelum ni tak sampai tahap begini. Belalang yang tinggal di Kulim ni pun rasa macam lemas dalam asap. Mujur Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid prihatin akan hal ini dan mengarahkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari iaitu pada 5 (hari ini) dan 6 Oktober 2015. Carian Google Bagaimanapun, arahan itu dikecualikan kepada sekolah-sekolah di negeri wilayah persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sebenarnya jika diikutkan Belalang Jr. ada sesi bergambar di sekolahnya. Belalang Jr. berumur 6 tahun  sedang belajar di pra sekolah. Nampaknya sesi bergambar akan ditunda. Lega juga Belalang sebab bolehlah Belalang Jr. tinggal di dalam rumah dan tak terdedah pada udara dipersekitaran terbuka. Semoga masalah jerebu ini akan segera berakhir.

Keranamu Belalang Jr.

Imej
Belalang Jr. Apabila Belalang Jr. dah pandai merengek memintakan sesuatu. Nak tak nak diturutkan juga kemahuannya oleh Belalang dan Mrs.Belalang. Ego ibu dan bapa, walaupun pada awalnya berkeras tidak mahu terlalu mengikut kemahuan anak, namun rasanya tiada pasangan yang sanggup menghampakan harapan dan permintaan si anak. Akhirnya... - - - - - - - - - Rumah hamster buat dengan kotak mainan :P Sepasang anak hamster kecil yang pernah diminta Belalang Jr. pada beberapa hari sebelum ini dibelikan juga oleh Belalang. Walaupun selepas ini Belalanglah yang akan terpaksa membersihkan sangkar hamster ini termasuk beri makan (bertambah kerja aku), tak apalah demi Belalang Jr. Harapnya panjanglah 'jodoh' hamster ini dengan keluarga Belalang :)

Hajat Nak Naik Kereta Api

Imej
"Nak naik Thomas! Nak naik Thomas!" Belalang Jr. ni sampai nangis-nangis teringin nak naik kereta api. Dia kalau nampak saja kereta api mesti jerit "Thomas!" . Thomas tu nama watak kartun kegemaran dia yang berbentuk kereta api warna biru. Entah macam mana, dalam masa yang singkat Belalang dan Mrs.Belalang terus tergerak nak bawa dia naik kereta api. Sayang anak punya pasal, turutkan ajalah :) Awalnya kami bercadang nak naik pergi ke Padang Besar. Tapi lepas bincang sekejap, kami buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Nak ziarah blogger Mama Norlara dan juga ibu kepada blogger Mak Dara yang juga makcik Belalang. Dipendekkan cerita, dalam masa sehari kami buat planning ini, terus beli tiket esoknya, dan lusa terus naik kereta api pukul 2:25 petang. Belalang Jr. Harga tiket kereta api bagi kelas dua, dewasa RM33. Manakala pesara dan warga emas pula dalam RM20 lebih. Selain daripada Belalang sekeluarga, turut sama dalam menjayakan misi penuhi impian B...

Asyik-asyik Hilang Seluar!

Imej
Belalang Jr. sorang ni, makin besar makin menjadi-jadi perangai. Sejak dah dapat adik ni, dah pandai buat sendiri kerja-kerja dia. baguslah, nampak juga ciri-ciri seorang kakak. Percakapan pun dah ok. Sangat-sangat ok. Sampai tak terlayan pertanyaan-pertanyaan dia. Ada saja yang dia nak cakap. Tak peduli langsung orang tengah sibuk ke, bagi adik tidur ke apa.Yang dia tau cakap cakap cakap sampai pening kepala ni. Tapi bila dia tiada contoh balik kampung, sunyi juga rasanya. Budak banyak cakap yang akan posing bila kata nak tangkap gambar Tapi satu perangai dia yang paling tak tahan sekarang ni, suka main air! Setengah jam sekali hilang. Cari-cari tengok dah bogel ada dalam bilik air. Ada saja alasan dia. Nak kencing la, nak berak la. Bila tak bagi mula buat perangai. Belalang Jr. biasanya hanya pakai pampers waktu malam. Siang-siang macam ni Belalang jarang beri pakai sebab kalau pakai pun tak lama. Kejap lagi dah buang lepas tu main air. Kadang-kadang sayang tengok pampers ...

Gambar Penampakkan Kelibat Putih | Seram!

Imej
Baru-baru ini Belalang singgah makan malam di satu kedai makan berhampiran tempat tinggal Belalang, Kulim. Belalang memang biasa dengan kedai ni. Selain selesa, makanan yang dimasak sedap-sedap juga. Dan seperti biasa sementara hidangan yang dipesan sampai, dengan menggunakan telefon bimbit 'cap ayam', Belalang tangkap beberapa keping gambar Belalang Jr. Gambar pertama, ok... Gambar kedua, ok... Namun pada gambar ketiga yang dirakam, Belalang berjaya merakam sesuatu yang aneh di Belakang Belalang Jr. Pelik juga Belalang dengan gambar yang satu ni. Cuba anda lihat, mungkin ada boleh meneka apakah ia. - - - -     Belalang Jr. asyik menonton Majalah 3 Sampai tenganga mulut! Gambar yang menjadi misteri Jika anda berfikir kelibat di belakang itu adalah orang yang sedang berjalan, sememangnya anda dah salah. Memang bukan orang. Lagi pun sekiranya itu orang, mengapa hanya ada bahagian atas? mana kakinya? Misteri tak? jangan takut-t...

Lagi Haiwan Peliharaan Terbaru Belalang Jr.

Imej
kucing dah bela, ikan dah bela, kura-kura pun dah ada bela di rumah tu. Ingat ke dah cukup, rupanya ada lagi haiwan yang dia nak bela. Kali ni ada lagi nak tambah untuk Belalang Jr. tu. Agak-agak apa pula la yang Belalang Jr. nak kali ni? Nak tau, cuba anda scroll ke bawah untuk melihat gambar haiwan tersebut... - - - - - - - - - - - - -   Arnab pula dia minta kali ni. Adoiyai...   Tengok muka Belalang Jr. seronok sangat dapat arnab tu Tension ja muka arnab tu sebab kena buli dengan Belalang Jr. Yang sebenarnya Belalang Jr. tidaklah begitu excited nak arnab dari jenis Angora ni. Yang melebih-lebih nak si Mrs.Belalang tu. Takut Belalang tak nak beli, dia gunakanlah nama si Belalang Jr. Kononnya si Belalang Jr nak, kesian kat dia. Eleh, macam la tak tahu trick Mrs.Belalang tu. Hehehe... Belalang beli arnab ni di Baling tengahari tadi sewaktu balik ziarah mak dan ayah di kampung. Beli sepasang dengan harapan akan berganda beberapa ratus ekor :P Sebe...

Wonder Pets Terbaru Di Rumah Belalang

Imej
Dalam rumah Belalang ni ada satu akuarium dimana adalah 2 - 3 kerat ikan yang Belalang bela di dalam ni. Ikan biasa-biasa saja. Sekadar merehatkan mata dengan mendengar bunyi air mengalir dan liuk-lentok ikan berenang. Orang kata terapi mata, ye ke tidak Belalang pun tak pasti. Sebenarnya akuarium ini asalnya ada filter penapis air. Tujuannya supaya air sentiasa kelihatan bersih tanpa kotoran (sesuai untuk orang malas macam Belalang). Tapi entah apa sebab Belalang biarkan sahaja filter itu tak berfungsi. Belalang hanya gunakan gas ikan yang biasa. Jadi pada hari Selasa (10 April) baru-baru ini Belalang nekad mahu menggunakan kembali filter penapis air. Tak tahan dah tengok ikan-ikan tu buat muka sedih sebab tinggal dalam air kotor. Bersama Mrs.Belalang dan Belalang Jr., kami pun menujulah ke kedai ikan. Kalau di Kulim ni, kedai Azam Akuarium sangatlah terkenalnya. Dia dah ada beberapa cawangan kedai ikan yang diusahakannya sendiri. Belalang ke kedai asalnya yang terletak di Kela...

Pengalaman Pertama & Review Filem Seefood

Imej
Dah banyak hari Belalang dan Mrs.Belalang berkira-kira untuk membawa Belalang Jr. menonton filem animasi 'Seefood' ini. Memandangkan Belalang Jr. memang suka sangat dengan ikan (selain kucing) jadi kami berpendapat filem animasi ini sangat sesuai untuknya. Kepada sesiapa yang tak tahu filem apakah 'Seefood' ini, sila lawati blog Belalang satu lagi untuk membaca sipnosis dan menonton trailer 'Seefood'. Klik sini untuk ke sana . Sebenarnya ini juga pengalaman pertama Belalang Jr. menonton filem di panggung wayang. Kami berdua pun masih belum tahu apakah reaksi pertama Belalang Jr. apabila melihat skrin gersasi dan berada dalam bilik yang gelap serta bunyi yang menggegarkan selama 2 jam lebih itu. Harap-harap Belalang Jr. tak buat perangai :)  Susah betul nak tangkap gambar budak ni. Diam tak sampai 10 saat! Alhamdulillah Belalang Jr. tak buat perangai yang teruk-teruk sangat. Cuma sewaktu babak cemas di akhir-akhir filem ini, dia menangis sebab takut denga...

Akhirnya Belalang Jr. 'Terlupa'

Imej
Masih lagi kisah berkaitan dengan Belalang Jr. yang keluar wad. sebenarnya Belalang dan Mrs.Belalang agak risau dengan Belalang Jr. Apa Yang dirisaukan? Tengok gambar bawah ni- - - - - - - - Ya, Belalang Jr. masih lagi tak boleh berenggang dengan putingnya walaupun umur sudah hampir cecah tiga tahun. Naik runsing juga kami berdua fikirkan bagaimana mahu hentikan dia daripada terus ketagih dengan puting. Kita bukannya sentiasa boleh pantau pergerakkan anak-anak kita. Mungkin ada masanya puting tersebut jatuh atas lantai, tanpa basuh atau apa dia terus saja sumbat ke mulut. Kan ke tak bagus tu. Tapi mujur la semenjak dia keluar dari wad, sampai ke hari ini dia tak hisap puting lagi. Sememangnya dia cari juga puting dia. Tapi Belalang dan Mrs.Belalang memang tak mahu beri. Biar dia biasa begini dan alhamdulillah nampaknya berjaya. Lepas ni adik kepada Belalang Jr. pun rasanya nak cuba sedaya upaya untuk tidak ajar beri puting. susah tau kalau anak hisap putin...

Percutian 3 Hari 2 Malam Ke ..... (Nak tau Kena La Baca)

Imej
Percutian? Sebenarnya rasa macam tak patut nak letak tajuk ni. Tapi disebabkan kepala memang tak boleh nak fikir tajuk yang lebih ok dari itu, jadi letak sajalah :) Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tahu atau ada juga yang belum. Awal minggu sudah Belalang Jr. telah ditahan di wad kanak-kanak hospital Kulim akibat demam berpanjangan. Pada mulanya dia hanya demam. Namun masuk hari ke lima Belalang Jr. mulai selsema. Pagi Belalang bawa ke hospital tu apabila Belalang nampak dia seperti mengalami kesukaran bernafas. Masuk wad kecemasan, Belalang Jr. diberi sedut gas untuk pesakit asma. Lepas diperiksa, terus doktor tahan dia ke wad. Mujur Belalang Jr. cepat sembuh. Kalau tidak alamat lagi lama la dia kena lepak hospital. Itulah pengalaman pertama Belalang Jr. bermalam di wad. Sampai fobia dia dengan doktor dengan jururawat yang datang nak periksa dia. Takut kena cucuk. Sampai entry ini ditulis, Belalang Jr. dah sihat sepenuhnya. Tiada deman, tiada sesema dan batuk lagi :) T...

Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam) | Tempat Riadah Yang Best!

Imej
Empangan Mengkuang/Tasek Mengkuang atau orang-orang sekitar sini panggil Mengkuang Dam adalah salah satu tempat riadah keluarga yang terkenal di kawasan tinggal Belalang. Kebiasaannya orang ramai datang sini untuk berjogging atau membawa keluarga beriadah sambil melihat pemandangnya yang cantik di empangan ini. Biasanya juga keluarga yang singgah ke sini, mesti akan membawa sedikit makanan atau cebisan roti untuk diberi kepada ikan-ikan yang terdapat dalam empangan ini. "Mama! mama!"... jerit ikan-ikan ini kepada Belalang Jr. Belalang selalu juga datang sini membawa Belalang Jr. beri makanan pada ikan-ikan di sini. Antara haiwan yang memang akan menyebabkan Belalang Jr. excited ialah ikan (satu lagi kucing). Sebelum ini Belalang selalu bawa roti-roti yang hampir luput atau yang sudah tamat tempoh. Namun baru-baru ini dapat idea untuk memberi sahaja ikan-ikan disini makan makanan ikan. Bukan mahal mana pun, RM1 sahaja sebungkus. Makanan ikan RM1 .. Ini anak saudara...