Percutian 3 Hari 2 Malam Ke ..... (Nak tau Kena La Baca)

Percutian? Sebenarnya rasa macam tak patut nak letak tajuk ni. Tapi disebabkan kepala memang tak boleh nak fikir tajuk yang lebih ok dari itu, jadi letak sajalah :)

Mungkin ada rakan-rakan blogger yang tahu atau ada juga yang belum. Awal minggu sudah Belalang Jr. telah ditahan di wad kanak-kanak hospital Kulim akibat demam berpanjangan. Pada mulanya dia hanya demam. Namun masuk hari ke lima Belalang Jr. mulai selsema.


Pagi Belalang bawa ke hospital tu apabila Belalang nampak dia seperti mengalami kesukaran bernafas. Masuk wad kecemasan, Belalang Jr. diberi sedut gas untuk pesakit asma. Lepas diperiksa, terus doktor tahan dia ke wad.


Mujur Belalang Jr. cepat sembuh. Kalau tidak alamat lagi lama la dia kena lepak hospital. Itulah pengalaman pertama Belalang Jr. bermalam di wad. Sampai fobia dia dengan doktor dengan jururawat yang datang nak periksa dia. Takut kena cucuk.

Sampai entry ini ditulis, Belalang Jr. dah sihat sepenuhnya. Tiada deman, tiada sesema dan batuk lagi :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. Kesiannya Belalang Jr..semiga cepat sembuh..

    BalasPadam
  2. Kalau anak sakit, tak boleh nak lelap mata ,kan?Mudah2an Belalang JR tak sakit lagi.Kalau nak ikut petua mak angkat Belalng JR ak Scarlett O'Hara, minumlah air rendaman hati unta.Tapi busuknya, ya Allah!

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. dah sembuh
    kena jaga lah lepas ni sbb ada asma :)

    BalasPadam
  4. budak2 mudah sangt kena asma...apa puncanya ye??

    BalasPadam
  5. huk alaaa cepat betul membesarnya... tak sempat nak saing padin jr ni ekekee....

    BalasPadam
  6. alaaaa kesiannyaaaa.. harap harap dia cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  7. ehem kesiannya belalang jr terpaksa bermalam diwad..kanak2 mudah sangat terkena penyakit..hu2x..syukur alhamdulillah jr dah sembuh..

    BalasPadam
  8. sian dia..pasni kena belalang tgk dia cpt2.klu dia mula demam kena cpt2 bg sht.sbb bila batuk dan selsema akan mudah asma dtg.maisarah dan qila mmg akak akan risau klu demam akan asma.parah jadinya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..belalang JR dah sembuh sepenuhnya. Kesian bdk kecik2 klu dok kat wad kan. Tu yg dia fobia tuh..

    BalasPadam
  10. mtk maaf sbb lama x singgah .. busy skit sejak 2 menjak ni

    BalasPadam
  11. harap dah sihat sepenuhnya ya belalang jr... anak k-poh pun biasa ler nyedut gas tu belalang oiii....nasib baik ler dah besar ni... jarang pulak dia nak nyedut heee..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..! Tak dapat gambarkan kelegaan kao...

    BalasPadam
  13. assallammualaikum, maaf mengganggu... saya ada penawar untuk asma/lelah/batuk berkahak... hanya dgn sebotol minyak herba, dgn sapuan rata anak tidur lena, tak cuba x tahu.. MINYAK HERBA ASMA MUJARAB, SATU KELUARGA SATU BOTOL.. INSHAALLAH... WHATSAP SAYA UNTUK LEBIH LANJUT 014-6930920 HANIE

    BalasPadam

Catat Ulasan