Jumaat, 21 Disember 2012

Hajat Nak Naik Kereta Api

"Nak naik Thomas! Nak naik Thomas!"

Belalang Jr. ni sampai nangis-nangis teringin nak naik kereta api. Dia kalau nampak saja kereta api mesti jerit "Thomas!". Thomas tu nama watak kartun kegemaran dia yang berbentuk kereta api warna biru.

Entah macam mana, dalam masa yang singkat Belalang dan Mrs.Belalang terus tergerak nak bawa dia naik kereta api. Sayang anak punya pasal, turutkan ajalah :)

Awalnya kami bercadang nak naik pergi ke Padang Besar. Tapi lepas bincang sekejap, kami buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Nak ziarah blogger Mama Norlara dan juga ibu kepada blogger Mak Dara yang juga makcik Belalang.

Dipendekkan cerita, dalam masa sehari kami buat planning ini, terus beli tiket esoknya, dan lusa terus naik kereta api pukul 2:25 petang.

Belalang Jr.

Harga tiket kereta api bagi kelas dua, dewasa RM33. Manakala pesara dan warga emas pula dalam RM20 lebih. Selain daripada Belalang sekeluarga, turut sama dalam menjayakan misi penuhi impian Belalang Jr. ialah Mama dan Abah Belalang.

Sepanjang perjalanan kereta api ke KL Sentral, Belalang Jr. tak tidur langsung. Dia nampak seronok sekali. Setiap kali kereta api berhenti ke stesen-stesen kecil, kalau dia nampak kereta api lain di luar tingkap, dia akan tunjuk sambil sebut "Thomas!". Lepas tu dia akan lambai tangan pada orang yang ada di stesen (padahal orang di stesen buat 'derk' ja kat dia ).

Mrs.Belalang dan Baby a.k.a Belalang Jr II

Yang si baby kecil pun alhamdulillah tak meragam langsung sepanjang perjalanan. Dia banyak tidur dari meragam. Sangat-sangat bersyukur dengan angin baik dia tu :P

Abah dan Mama Belalang

Kami tiba di KL Sentral pada pukul 9:30 malam. Selepas itu kami menanti hampir setengah jam lagi untuk adik Mrs.Belalang datang dan bawa kami bermalam ke rumah blogger Mama Norlara.

Akhirnya tercapai juga hajat si Belalang Jr. untuk naik kereta api. Bila tengok dia gembira, secara automatik Belalang dan Mrs.Belalang juga gembira kerana dapat penuhi hajat dia.

-

-

-

-

-

-

-


-

-

-

-

-

-

-

Nanti Belalang sambung lagi tentang bermalam di rumah Mama Norlara dan layanan Mama yang memang tip top! :)

Terima kasih kerana membaca...

13 ulasan:

  1. Wah seronoknya dpt naik kereta api! Sepanjang usia kak, tak penah lg naik kerete api...huhuhu sebab negeri lahir kak x ada kereta api:((

    BalasPadam
  2. pestime tengok muka baby baru.>:)

    BalasPadam
  3. dah lame tak naik ketapi..bas pun dah jarang teringin gak nak nek 'thomas' ni..

    BalasPadam
  4. mia dan husband belum pernah naik keretapi lagi... huhuh memang teringin nak rasa juga.

    BalasPadam
  5. Aihh even rasa mcm kebas bonto sikit tp best. Hehe . Lgi selamat lah ,kihkih

    BalasPadam
  6. Kita tk pernah naik train lg. Uhum uhum.

    BalasPadam
  7. adik kawan pun suka giler ngan thomas ni, pantang nampak mainan thomas.. tapi untung dia tak mintak lg nak naik thomas.. hewhew

    BalasPadam
  8. xpenah naik kete api tanh melayu lg

    BalasPadam
  9. assalam..mama baru bangun dr lemau..
    ehem sampai jugak belalang ke klang & keteratak mama..terima kasih ya.. ;)
    dah sempat pun nak bergambar dgn family belang..hu2x..

    BalasPadam
  10. sonoknya dia dapat naik ketapi. mesti dia berangan watak kartun ni. dulu kecik-kecik rain pernah ada imaginasi mcm tu. kih kih.

    mak ayah mn yang tak sayang anak, ye tak?

    mak belalang tak makan dek usia. look young! :)

    bestnya dapat jumpa mama aini..... jemburu betul hee

    BalasPadam
  11. tak pernah naik kereta api utk berjalan jauh.. haaaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik