Rabu, 14 Mac 2012

Pengalaman Pertama & Review Filem Seefood

Dah banyak hari Belalang dan Mrs.Belalang berkira-kira untuk membawa Belalang Jr. menonton filem animasi 'Seefood' ini. Memandangkan Belalang Jr. memang suka sangat dengan ikan (selain kucing) jadi kami berpendapat filem animasi ini sangat sesuai untuknya.

Kepada sesiapa yang tak tahu filem apakah 'Seefood' ini, sila lawati blog Belalang satu lagi untuk membaca sipnosis dan menonton trailer 'Seefood'. Klik sini untuk ke sana.


Sebenarnya ini juga pengalaman pertama Belalang Jr. menonton filem di panggung wayang. Kami berdua pun masih belum tahu apakah reaksi pertama Belalang Jr. apabila melihat skrin gersasi dan berada dalam bilik yang gelap serta bunyi yang menggegarkan selama 2 jam lebih itu. Harap-harap Belalang Jr. tak buat perangai :)

 Susah betul nak tangkap gambar budak ni. Diam tak sampai 10 saat!

Alhamdulillah Belalang Jr. tak buat perangai yang teruk-teruk sangat. Cuma sewaktu babak cemas di akhir-akhir filem ini, dia menangis sebab takut dengan muzik suspen yang sangat kuat itu. Hehehe

Pendapat Belalang tentang filem ini:

Keseluruhannya filem animasi ini menarik kerana ia kelihatan indah sekali beserta hidupan-hidupan laut yang comel. Walaupun ada yang mengatakan watak filem ini seakan-akan filem animasi 'Nemo', namun bagi Belalang filem ini ada kelebihannya tersendiri.

Latar belakang perkampungan nelayan Malaysia, wau bulan dan beberapa perkara lagi jelas menunjukkan yang filem ini adalah produk dari Malaysia. Syabas Belalang ucapkan!

Cuma permulaan filem ini Belalang rasa agak hambar sedikit. Tak pasti mengapa tapi terasa kosong sedikit, hinggakan Belalang Jr. juga mulai tinggalkan kerusinya dan berjalan kesan ke mari kerana bosan.

Keseluruhannya filem ini tidak begitu menghampakan, sesuai juga rasanya untuk di bawa anak-anak menonton filem animasi ini.

Lepas ni kalau ada rezeki lagi Belalang akan bawa Belalang Jr. tengok filem animasi lain pula :)

Terima kasih kerana membaca...

6 ulasan:

  1. salam belalang..maaf banyak2 sbb mama sibuk uruskan majlis `cik n`..jumaat ni ke t`gannu pulak utk majlis sambut menantu..hu2x..mcm terbalik je kan?..majlis resepsi kak rumah mama 12 mei 2012..dtg tau.. wah bestnya jr dpt tgk wayang !!..ehem ..nanti mama slow2 lawat entry belalang yg satu lagi ya.. :)sibuk sgt skrg ni..huk2x..

    BalasPadam
  2. ank sdara sy pun susah nk amik pic dia.. x dok diam, huh...

    BalasPadam
  3. Anak2 biasa tengok kat rumah je, ayahnya beli cd...:)

    Kalau ada along n angah baru sekeluarga gi tengok kat pawagam!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Beli cd tu berapa "hinggit" punya harganya pun adoi ter ber...?

    BalasPadam
  5. Visit night,, please visit back

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik