Khamis, 3 Mac 2016

Review Animasi Zootopia Oleh Belalang

Baru-baru ni Belalang berkesempatan bawa anak-anak menonton filem animasi terbaru daripada Walt Disney Animation Studios iaitu Zootopia di MBO Cinema Landmark Kulim.

Berempat sahaja kami pergi (yang kecil sekali tinggal dengan Mama) tiket tayangan pukul 8 malam dibeli.

Masuk dalam panggung tu, seperti yang dijangka dua-dua budak ni dah excited nak menonton. Dalam bilik tayangan tu kalau tak silap Belalang ada la sekitar 10 orang lebih sikit termasuk keluarga kami.

Animasi ni mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 25 Februari yang lalu. Jadi tak hairanlah sewaktu Belalang pergi tu tak ramai orang.


Kisahnya bermula apabila seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde. Filem "Zootopia" dibintangi oleh pelakon suara iaitu Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer & Bonnie Hunt.

Anda juga boleh membaca sinopsis penuh animasi ini di sini -->> ZOOTOPIA

Review Belalang

Jika dibandingkan animasi Big Hero 6 daripada pengarah yang sama, animasi itu lebih menyentuh hati dan menarik perhatian kanak-kanak untuk menonton dari mula hingga habis.

Zootopia pula mempunyai pengisian yang sedikit kompleks Belalang rasa untuk difahami oleh kanak-kanak hinggakan ada sesetengah bahagian kisah ini membuatkan Belalang Jr. dan adik jemu untuk mengikuti jalan ceritanya.

tetapi mesej yang nak disampaikan oleh Zootopia memang best! Terasa seperti kena pada keadaan yang berlaku pada masakini.

Salah satu part yang Belalang suka adalah tentang haiwan mangsa yang menghalau haiwan pemangsa hanya kerana sesetengah daripada haiwan ini yang kembali kepada sifat asal mereka menjadi ganas.

Ia seolah-olah menggambarkan masyarakat eropah yang pada hari ini begitu kuat Islamophobia hanya kerana segelintir kecil penganut agama Islam yang melakukan keganasan.

Animasi ini juga banyak menerapkan nilai-nilai murni seperti berani mencuba sesuatu yang baru, tak mudah putus asa dan semangat berpasukan.

Keseluruhannya animasi ini bagi Belalang tetap memuaskan dengan paparan grafik yang fuh! sangat detail dan kemas.

Tanyangan masih lagi ada dibeberapa pawagam. Jadi apa tunggu lagi, bawa anak-anak pergi tonton jom!

4 ulasan:

  1. nak bawak anak tengok boboiboy jer.. ahhahaa.. 1st time masuk panggung bawak anak ni.. harap behave.

    BalasPadam
    Balasan
    1. first time bawa Belalang Jr. masuk wayang dulu, dia nangis takut bila bunyi sound effect kuat2 tu... hahaha...

      Belalang pun nak bawak anak2 tengok boboiboy jap g :)

      Padam
  2. baca review macam menarik je zootopia ni..ciktom memang suka cerita kartun..hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. best ciktom! silakan pergi menonton bersama yang tersayang :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik