Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zootopia

Review Animasi Zootopia Oleh Belalang

Imej
Baru-baru ni Belalang berkesempatan bawa anak-anak menonton filem animasi terbaru daripada Walt Disney Animation Studios iaitu Zootopia di MBO Cinema Landmark Kulim . Berempat sahaja kami pergi (yang kecil sekali tinggal dengan Mama) tiket tayangan pukul 8 malam dibeli. Masuk dalam panggung tu, seperti yang dijangka dua-dua budak ni dah excited nak menonton. Dalam bilik tayangan tu kalau tak silap Belalang ada la sekitar 10 orang lebih sikit termasuk keluarga kami. Animasi ni mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 25 Februari yang lalu. Jadi tak hairanlah sewaktu Belalang pergi tu tak ramai orang. Kisahnya bermula apabila seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut...