Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kulim

Restoran Yang Sediakan Menu Rahmah Di Kulim

Imej
Menu Rahmah adalah satu inisiatif program yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan tengahari atau malam pada harga RM5 dan ke bawah. Di Kulim juga penulis difahamkan beberapa restoran di sekitar ini mula memperkenalkan Menu Rahmah bagi memberi sokongan pada inisiatif yang diperkenalkan oleh KPDN. Antara restoran-restoran di Kulim yang menyediakan Menu Rahmah adalah: D'camar Corner, Taman Kota Kenari Restoran Monrods, Bandar Putra Restoran Utara Delight, Padang Serai Restoran Rosmiza Tomyam, Lunas Di bawah ini adalah gambar contoh penyediaan Menu Rahmah oleh restoran-restoran di atas: Nampak sedapkan? Penulis sendiri belum berkesempatan untuk mencuba Menu Rahmah di restoran-restoran ini. Terbaru, penulis difahamkan Restoran Nasi Kandar Dinas Kulim juga sudah memperkenalkan Menu Rahmah di restoran mere...

Nurul Surprise Bouquet | Servis Surprise Delivery Bouquet Terbaik Di Kulim

Imej
 Trend menghadiahkan bunga coklat atau chocolate bouquet bukanlah sesuatu yang asing lagi pada masa ini. Trend ini mula menjadi pilihan kebanyakkan orang sejak 5 tahun kebelakangan ini. Sekiranya anda berada di Kulim Kedah dan sedang mencari-cari servis untuk coklat bouquet, bolehlah anda berkunjung ke kedai Nurul Surprise Bouquet Flowers Kulim yang bertempat di Lembah Impiana. Nurul Surprise Bouquet mempunyai keunikkan serta kelebihannya sendiri berbanding pesaing-pesaing lain yang berada dalam industri yang sama. Antara kelebihannya, disini ada begitu banyak bouquet coklat yang telah siap digubah untuk dipilih. Dengan ini anda telah jimat banyak masa berbanding servis yang disediakan oleh pesaing yang lain dimana anda perlu membuat tempahan lebih awal, selepas itu barulah mereka akan menggubah pilihan anda. Cara ini agak mengambil masa dan tidak sesuai untuk yang ingin membuat pembelian segera. Kelebihan kedua, disini anda punyai pilihan lebih dari bunga dan coklat. Disini a...

Puji Arabian Delight Kulim | Berbuka Puasa Disini

Imej
Rasanya masih belum terlewat untuk Belalang kongsikan sebuah tempat buka puasa yang Belalang kira agak menarik di Kulim iaitu Restoran Puji Arabian Delight. Bertempat di Keda Agro Tech, Jalan Simen (berdekatan Taman Tiram), restoran ini menyediakan menu nasi arab yang sangatlah sedap bagi tekak Belalang dan mereka yang berkunjung ke sini. Menyediakan dua menu utama iaitu nasi arab ayam dan nasi arab kambing. Pengunjung boleh memilih samada mahukan hidangan dalam set talam atau pun pinggan individu biasa. Untuk tahun ini, Belalang sempat berbuka puasa disini sebanyak dua kali. Pada bulan-bulan lain (bukan bulan Ramadhan) restoran ini tetap beroperasi seperti biasa. Cumanya pada bulan puasa ia menjadi unik sedikit dimana pemilik restoran ini biasanya hanya mengenakan cas untuk pinggan pertama yang dimakan. Untuk nasi tambah atau lauk yang ditambah, diberikan percuma sahaja. Betul! tak tipu :D Sekiranya anda ingin merasai keenakan nasi arab dari Puji ini, silalah buat...

Gambar Kemalangan Troli Membawa Barang Di Tesco Kulim

Imej
Seorang pemilik akaun Facebook telah memuat naik satu status tentang kemalangan berpunca dari troli membawa barang di Tesco Kulim yang rodanya tidak mencengkam pada travelator. Status bersama dua keping gambar kejadian yang dimuat naik ke group Info Cegah Jenayah @ Kulim, dikatakan berlaku 10 malam 20 Mei, telah mendapat respon dari pemilik-pemilik akaun yang lain. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang pengunjung pasaraya tersebut mengalami kecederaan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa. Rata-rata pemilik akaun meluahkan pendapat tentang kebanyakkan troli membawa barang di Tesco Kulim menghadapi masalah pada roda. Pendapat itu mendapat sokongan dari pengguna lain yang memberikan pendapat hampir sama tentang masalah tersebut. Namun ketika punca dilihat seperti kesalahan pihak Tesco, tampil seorang lagi pemilik akaun Facebook menyatakan yang pelanggan terbabit tidak menggunakan troli barangan yang disediakan oleh pihak Tesco. sebaliknya, pengguna tersebut ...

Big Screen Separuh Akhir Kedua Piala FA | JDT vs Kedah | 30 April 2016

Imej
Bahang kehangatan separuh akhir kedua piala FA antara JDT dan Kedah pada 30 April 2016 ini sememangnya dirasai oleh semua peminat bola sepak negeri Kedah. Malah tak salah jika Belalang katakan bukan sahaja peminat bola sepak dua negeri ini yang ternanti-nantikan perlawanan ini, tetapi seluruh peminat bola tanah air menantikan perlawanan mendebarkan ini. Di negeri Kedah khususnya, banyak sekali tempat yang menawarkan tayangan big screen kepada orang ramai yang tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung di Stadium Larkin, Johor Bahru. Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga tidak mahu ketinggalan memeriahkan perlawanan ini apabila menaikkan big screen perlawanan JDT vs Kedah 30 April 2016 ini di Padang Awam Kulim secara langsung. Poster tentang tayangan perlawanan ini juga sudah mula viral di media-media sosial dan Whatsapp group. Belalang sendiri pun berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu hari Sabtu ni. Belalang pasti kedah mampu mengejutkan skuad JDT berdasar...

Lima Hotel Di Kulim Kedah Mudah Dan Selesa

Imej
Jika anda pertama kali di Kulim dan mencari hotel untuk bermalam, Lima hotel di Kulim Kedah mudah dan selesa ini boleh menjadi tempat singgahan anda. Jarak diantara hotel-hotel ini dengan tempat-tempat seperti Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Poli Kulim), UniKL, Kulim Hi-Tech, Kolej Mara, Kolej Jururawat, MRSM Kulim dan lain-lain tidaklah begitu jauh. Ada diantara tempat-tempat penginapan ini hanya mengambil masa sekitar 10 minit bperjalanan dari hotel ke tempat tersebut. Ok jom kita lihat lima hotel di Kulim Kedah yang belalang maksudkan 1. Hotel Sri Malaysia Alamat: Taman Tasik Putra, 09000 Kulim, Kedah No. tel:04-490 9898 Lokasinya hanya bersebelahan Tasik Putra Kulim dan juga stesen bas Kulim. Tasik ini menjadi aktiviti riadah disebelah petang oleh kebanyakkan pengunjung. Pasti tidak bosan jika bermalam di Hotel Sri Malaysia Kulim. 2. Tune Hotel Alamat: No.4, Jalan KLC Satu (1), Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah No. Tel:1-300-88-8863 ...

Review Animasi Zootopia Oleh Belalang

Imej
Baru-baru ni Belalang berkesempatan bawa anak-anak menonton filem animasi terbaru daripada Walt Disney Animation Studios iaitu Zootopia di MBO Cinema Landmark Kulim . Berempat sahaja kami pergi (yang kecil sekali tinggal dengan Mama) tiket tayangan pukul 8 malam dibeli. Masuk dalam panggung tu, seperti yang dijangka dua-dua budak ni dah excited nak menonton. Dalam bilik tayangan tu kalau tak silap Belalang ada la sekitar 10 orang lebih sikit termasuk keluarga kami. Animasi ni mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 25 Februari yang lalu. Jadi tak hairanlah sewaktu Belalang pergi tu tak ramai orang. Kisahnya bermula apabila seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut...

Kad Debit Ambank Rosak | RM12 Tukar Kad Baru

Imej
Baru 3 bulan Belalang memegang kad debit Ambank Malaysia , dah pun rosak dan terpaksa diganti dengan kad yang baru. Bermula pada hari Jumaat yang lalu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, Belalang singgah ke Affin bank untuk keluarkan duit. Masuk nombor akaun, ok. Bila tekan cek baki, terus kad tendang keluar beserta slip. Tak puas hati Belalang cuba sekali lagi. Kali ni masukkan jumlah pengeluaran terus. Pun Berlaku hal yang sama. Kerana terfikir yang sistem antara bank (MEPS) ada masalah, Belalang terus pula ke cawangan Ambank Kulim . Hal yang sama juga berlaku. Sudahlah hari Sabtu dan Ahad bank tak buka. Terpaksalah tunggu hingga hari Isnin. Pagi Isnin Belalang terus ke cawangan Ambank Sungai Dua untuk tukar kad. sebelum jumpa pegawai, sekali lagi Belalang cuba dahulu kad tersebut. Sah, memang rosak. Pegawai perhubungan pelanggan yang bertugas bagi tahu yang kad ok, cuma sistem mereka yang bermasalah. Dia minta Belalang cuba lagi pada sebelah petan...

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim

Imej
Dataran Raudhah atau dipanggil juga sebagai i-City Kulim oleh orang-orang tempatan, menjadi tempat untuk bersantai kepada keluarga dan juga remaja sekitar sini diwaktu petang dan malam. Dataran ini terletak berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) yang baru di Jalan Pondok Labu, Bandar Putra. Tempat ini juga bersebelahan dengan Dewan Putra Kulim . Mendapat jolokan sebagai 'i-City Kulim' kerana taman ini mempunyai lampu-lampu perhiasan perlbagai bentuk yang kelihatan ala-ala i-City yang sebenar walaupun tak sepenuhnya seperti taman gah tersebut. Belalang sempat singgah ke dataran ini semalam setelah agak lama tak datang membawa anak-anak bermain disini. Apa yang dapat Belalang lihat, Taman ini telah siap sepenuhnya dan para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti di dataran ini. Antara yang terdapat disini adalah taman permainan kanak-kanak, kiosk makanan ringan, giant bubble, roller skate dan berbasikal untuk kanak-kanak. Keadaan datar...

Lando Zawawi | Brotherhood Utara | PBT Hi-Tech Kulim Kena Libas?

Imej
Baru-baru ni (dalam minggu sudah) ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Kulim , Belalang terperasan di atas jalan yang Belalang lalui ada tanda (marking) BROTERHOOD UTARA . Rupanya geng-geng Brotherhood dan Lando Zawawi sudah sampai ke Kulim, Kedah . Bagi yang belum mengenali, Lando Zawawi adalah seorang pelakon dan artis di tanah air kita. Lando bersama rakan-rakannya telah membentuk sekumpulan yang digelar sebagai Brotherhood. Kumpulan ini secara sukarela menanda dan menampal jalanraya yang berlubang dan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak berwajib, sebagai amaran kepada pengguna jalanraya yang lain terutama penunggang motosikal agar berhati-hati melalui kawasan tersebut. Teguran yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak yang terlibat sememangnya sinis dan membuatkan mereka yang terlibat panas 'bontot' dan tak senang duduk dibuatnya. Berbalik kepada aktiviti kumpulan ini di Kulim. Menerusi fanpage rasmi Lando Zawawi Vrus di Facebook, Lan...