Review BoBoiBoy the Movie oleh Belalang
Demam BoBoiBoy The Movie mula melanda negara sejak tayangan hari pertama filem animasi tempatan ini berada di pawagam. Ramai yang review filem Boboiby The Movie ni best! Maka semalam Belalang pun bawalah anak-anak menonton filem animasi BoboiBoy The Movie di tempat biasa iaitu MBO Cinema Landmark Kulim. Sinopsis BoBoiBoy The Movie: Sekumpulan makhluk asing pemburu Sfera Kuasa bernama Geng Tengkotak telah sampai di Bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan beliau dalam mengesan Sfera Kuasa purba Generasi Pertama iaitu Klamkabot yang bersembunyi di Bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya sekarang mesti mengejar masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mencari rahsia di sebalik Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka ke pengembaraan ke tempat mengagumkan yang penuh dengan aksi, komedi dan romantik Review Belalang: sebelum menonton filem ini, Kakak dan abang kepada Belalang terlebih dahulu menonton filem animasi ini bersama keluarga mereka pada awal-awal tayangan yang la...