Isnin, 22 Februari 2016

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim

Dataran Raudhah atau dipanggil juga sebagai i-City Kulim oleh orang-orang tempatan, menjadi tempat untuk bersantai kepada keluarga dan juga remaja sekitar sini diwaktu petang dan malam.

Dataran ini terletak berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kulim (MPK) yang baru di Jalan Pondok Labu, Bandar Putra. Tempat ini juga bersebelahan dengan Dewan Putra Kulim.


Mendapat jolokan sebagai 'i-City Kulim' kerana taman ini mempunyai lampu-lampu perhiasan perlbagai bentuk yang kelihatan ala-ala i-City yang sebenar walaupun tak sepenuhnya seperti taman gah tersebut.

Belalang sempat singgah ke dataran ini semalam setelah agak lama tak datang membawa anak-anak bermain disini.

Apa yang dapat Belalang lihat, Taman ini telah siap sepenuhnya dan para pengunjung juga melakukan pelbagai aktiviti di dataran ini.

Antara yang terdapat disini adalah taman permainan kanak-kanak, kiosk makanan ringan, giant bubble, roller skate dan berbasikal untuk kanak-kanak.

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim
Keadaan dataran yang luas dan selesa

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim
Kiosk yang menjual pelbagai makanan dan minuman ringan

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim
Kelengkapan untuk bersenam juga terdapat banyak disini

Jika bernasib baik, anda mungkin akan bertemu dengan komuniti pencinta haiwan Kulim. Sewaktu Belalang berada disana, sebahagian ahli kumpulan ini membawa beberapa jenis ular dan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyentuh haiwan tersebut dan juga bergambar secara percuma.

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim
Pencinta Haiwan Kulim bersama ular peliharaannya

Selain dilampahi dengan lampu-lampu yang terang, terdapat juga wakaf-wakaf (pondok rehat) yang disediakan bagi mereka yang mahu berhenti rehat menghilangkan letih seketika setelah melakukan aktiviti-aktiviti di sini. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan urutan tapak kaki disini.

Terdapat juga 'big screen' diletakkan disini. Tetapi ia hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu contoh seperti baru-baru ini ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 diantara Kedah pertemu Selangor, siaran tersebut telah dipancarkan secara langsung melalui big screen ini secara percuma kepada pengunjung.

Dataran Raudhah i-City Kulim | Aktiviti Malam Di Kulim
Keadaan parking yang sesak

Walaupun kawasan meletak kenderaan (car park) telah diluaskan, tetapi ia tetap tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang begitu ramai.

Begitu juga dengan kemudahan tandas awam. Rasanya ia tidak disediakan kerana Belalang tak nampak apa-apa bangunan kecil di kawasan sini. Sekiranya tiba-tiba kecemasan untuk ke tandas, anda perlulah ke stesen minyak yang lokasinya berhampiran dataran ini.

walau bagaimana pun sekiranya anak-anak merengek ajak keluar beriadah di waktu malam, Belalang cadangkan bawa ke sini. selain daripada dekat, ia juga menjimatkan kos tanpa perlu lagi ke Butterworth atau Pulau Pinang hanya untuk berehat bersama keluarga.

Terima kasih kerana membaca

** Minta maaf kerana gambar tak cantik dan menarik. Khidmat jurufoto amatur digunakan waku tu :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pautan Artikel Menarik